Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian alu-alu sokongan dari 2 mantan calon Presiden

Aug 27, 2023 | 02:43 PM



Pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, telah mengumumkan secara rasmi sokongannya buat calon Pilihan Raya Presiden, Encik Tan Kin Lian, bagi Pilihan Raya Presiden 2023.

Dengan perkembangan terbaru ini, Encik Tan Kin Lian telah berjaya mendapat sokongan kukuh daripada dua calon Pilihan Raya Presiden sebelum ini yang bertanding bersamanya pada 2011.

Pilihan raya itu dimenangi Dr Tony Tan, yang meraih 35.2 peratus undi atau sebanyak 745,693 undi.

Selain Dr Tan Cheng Bock, Encik Tan Jee Say juga telah mengumumkan sokongannya sebelum ini dan merupakan pencadang bagi kempen Encik Tan Kin Lian.

Mengumumkan demikian semasa sidang media di Blok 52 Chin Swee Road pada Ahad selepas lawatannya ke Pusat Makanan People’s Park, Encik Tan Kin Lian berkata keputusan Pilihan Raya Presiden 2011 telah menunjukkan bahawa rakyat Singapura inginkan “seorang Presiden yang benar-benar bebas dan berwibawa”.

“Semasa Pilihan Raya Presiden 2011, Dr Tan Cheng Bock, Encik Tan Jee Say dan saya telah bertanding sebagai calon yang bebas daripada pemerintah. Secara keseluruhan, kami menerima 64.8 peratus daripada jumlah undian.

“Dr Tan Cheng Bock kalah sedikit kepada Dr Tony Tan dengan kurang separuh peratus daripada jumlah undi. Disebabkan perubahan peraturan, saya kekal sebagai satu-satunya antara kami bertiga yang layak untuk bertanding.

“Saya gembira Cheng Bock dan Jee Say telah memberi sokongan kepada saya. Saya akan bergantung pada nasihat mereka yang berharga,” kata Encik Tan Kin Lian.

Ketika ditanya Berita Harian sama ada beliau akan melantik Dr Tan Cheng Bock dan Encik Tan Jee Say sebagai penasihatnya dalam Majlis Penasihat Presiden (CPA) jika beliau dipilih sebagai Presiden, Encik Tan Kin Lian berkata mereka adalah calon yang sesuai.


“Bagi saya, penasihat (CPA) akan menasihati saya dan mereka harus berkongsi visi yang sama dengan saya sebagai seorang Presiden yang bebas dan berkesan (jika saya dipilih sebagai Presiden).

“Mereka (Cheng Bock dan Jee Say) adalah calon yang sesuai bagi saya dalam CPA. Saya belum tanya mereka lagi. Jadi, kita perlu tunggu 1 September jika saya dipilih,” tambahnya.

Peranan CPA adalah untuk menasihatkan Presiden Dipilih mengenai pelaksanaan kuasa penjagaannya.

Di antara lapan anggotanya, tiga dilantik mengikut budi bicara Presiden, tiga lagi dilantik oleh Perdana Menteri, seorang oleh Ketua Hakim Negara dan seorang lagi oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Pada Ahad pagi, Encik Tan Kin Lian telah melawat Pusat Makanan People’s Park, diiringi oleh kededua Encik Tan Jee Say dan Dr Tan Cheng Bock, untuk beramah mesra dengan pelanggan dan peniaga di sana.

Turut mengiringi Encik Tan Kin Lian adalah ejen pilihan raya utamanya, Encik Prabu Ramachandran, dan mantan pengerusi parti Red Dot United, Cik Michelle Lee.


Ketika ditanya sama ada beliau bimbang terdapat banyak parti politik pembangkang yang tampil untuk menyokongnya, dan sama ada beliau menerima dana daripada parti itu, Encik Tan Kin Lian berkata:


“Tidak. Saya melihat Jee Say dan Cheng Bock sebagai individu yang tampil dalam ruang peribadi mereka kerana mereka percaya negara kita memerlukan Presiden yang bebas,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >