Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kipas angin di perhentian bas agar penumpang selesa

Jul 25, 2016 | 10:12 AM



SATU projek percubaan enam bulan sedang dijalankan untuk membolehkan penumpang menunggu di perhentian bas dalam keadaan lebih sejuk dan selesa, dalam cuaca panas terik Singapura.



Sejak bulan lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menguji penggunaan kipas elektrik di lima perhentian bas, dan sedang mengkaji kemungkinan memasangnya di tempat lain.



"Kipas angin ini bertujuan meningkatkan pengalihan udara di perhentian bas dan menyediakan penumpang yang sedang menunggu bas kelegaan daripada panas," kata seorang jurucakap LTA sebagai respons kepada pertanyaan media.



Penumpang boleh menghidupkan kipas angin itu menggunakan suis, dan ia akan berjalan selama 15 minit pada sesuatu masa.



Ia dipasang di berhentian bas di Ang Mo Kio Avenue 3, berhampiran stesen MRT Ang Mo Kio; Blok 270, Bukit Panjang Road; Serangoon Road berhampiran Tekka Centre; Block 302, Tampines Avenue 2; dan Tiong Bahru Road, dekat Tiong Bahru Plaza.



Perhentian bas itu dipilih bagi projek percubaan tersebut kerana paras lalu lintas penumpangnya lebih tinggi.



Ketinggian perhentian bas yang berbeza juga diambil kira untuk menguji pelbagai jenis kipas angin, kata LTA.



Sebagai contoh, di perhentian bas berbumbung tinggi di Ang Mo Kio Avenue 3, kipas berayun yang mempunyai mata bilah dipasang pada tiang untuk menyediakan liputan lebih luas, manakala di perhentian bas berbumbung rendah di Tiong Bahru, kipas angin bentuk lelurus digunakan.



LTA berkata projek percubaan itu akan dinilai berdasarkan maklum balas penumpang mengenai keberkesanan kipas angin itu.



Ini sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa meningkatkan pengalaman penumpang di perhentian bas. Pada Januari lalu projek percubaan dilancarkan bagi meningkatkan papan paparan masa ketibaan, melalui penggunaan teknologi kertas elektronik (e-paper).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >