Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontrak laluan bas Woodlands, Choa Chu Kang-Bukit Panjang SMRT dilanjut ke 2026

Sep 05, 2023 | 07:36 PM



Pengendali pengangkutan awam SMRT akan terus mengendalikan 48 laluan bas di Woodlands dan Choa Chu Kang-Bukit Panjang, selepas dua kontraknya dilanjutkan selama tiga tahun sehingga Ogos 2026.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata, ia telah mempertimbangkan faktor seperti kesediaan prasarana, kestabilan operasi dan keadaan pasaran sebelum melanjutkan kontrak, yang sepatutnya tamat pada 2023.


LTA berkata langkah melanjutkan kontrak, dan bukan meletakkannya untuk tender yang kompetitif, didapati sebagai aturan paling sesuai.

Ia menambah, kedua-dua pakej bas telah dilanjutkan pada “yuran perkhidmatan yang kompetitif”, sambil menyatakan tidak akan ada perubahan pada piawaian minimum perkhidmatan yang perlu SMRT penuhi.

Pengendali bas di sini harus memenuhi beberapa petunjuk prestasi utama, termasuk kebolehpercayaan bas dan ketepatan masa.

Pakej bas Woodlands terdiri daripada 20 laluan bas, termasuk perkhidmatan rentas sempadan 950, dan meliputi Depoh Bas Woodlands, Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands dan Pertukaran Bas Sementara Woodlands.

Pakej Choa Chu Kang-Bukit Panjang mempunyai 28 laluan, termasuk beberapa perkhidmatan utama ke bandar dan timur Singapura, dan meliputi Depoh Bas Kranji, Terminal Bas Gali Batu, serta Pertukaran Bas Choa Chu Kang dan Bukit Panjang

Pada Ogos, SMRT mendapat 26 laluan bas di Jurong West, dengan kontrak baru selama lima tahun mulai 1 September 2024.

Kontrak bagi laluan ini, yang sebelumnya dikendalikan oleh SBS Transit (SBST), telah dibuka untuk tender pada November 2022 bersama-sama dengan 17 laluan bas di Bukit Merah, yang dikekalkan oleh SBST.

Dengan lanjutan dua kontrak bas sedia ada dan pemerolehan yang baru, SMRT dijangka menjadi pengendali bas awam kedua terbesar di sini pada September 2024, dengan kira-kira 20 peratus penguasaan pasaran.

Ini mendahului Tower Transit Singapura dan Go-Ahead Singapura milik syarikat asing, tetapi di belakang SBST, yang masih mengendalikan lebih separuh laluan bas awam di sini.

Diminta mengulas, pengarah urusan SMRT Buses, Encik Tan Kian Heong berkata, syarikat itu telah mengendalikan bas awam selama lebih 40 tahun, dan ia secara tekal menunjukkan prestasi yang baik dalam penilaian piawaian mutu LTA untuk operasi, penyelenggaraan dan perkhidmatan bas.

Encik Tan berkata: “Kami gembira kontrak bas Choa Chu Kang-Bukit Panjang dan Woodlands sekarang telah dilanjutkan selama tiga tahun mulai 1 Sept ini. Pengguna di kawasan Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Jurong West dan Woodlands boleh terus mengharapkan standard perkhidmatan yang tinggi daripada kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >