Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kren angkat muatan berat atas lalu lintas: Kontraktor NParks diarah henti kerja

Nov 26, 2023 | 03:50 PM



Kontraktor yang mengendalikan satu projek Lembaga Taman Negara (NParks) di Tampines telah diarah menghentikan kerja-kerja mengangkat dan memindahkan muatan.

Arahan itu diberi selepas gambar sebuah kren yang memikul muatan berat di atas lalu lintas tersebar di media sosial.

Gambar yang disebarkan kumpulan Facebook, SG Road Vigilante, pada 22 November menunjukkan sebuah kren mengangkat muatan besar ke arah empat pekerja di atas jambatan pejalan kaki ketika kenderaan melalui di bawah.

Papan tanda di jambatan pejalan kaki itu menunjukkan had ketinggian ialah 4.5 meter.

Pengarah kumpulan landskap tepi jalan NParks, Encik Oh Cheow Sheng, memberitahu akhbar The Straits Times pada Ahad bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai kesilapan keselamatan yang melibatkan kontraktor NParks menjalankan kerja-kerja menanam di jambatan jalan atas sekitar Tampines Avenue 10 itu.


Encik Oh berkata NParks segera mengarahkan kontraktor tersebut untuk menghentikan kerja-kerja mengangkat muatan selanjutnya dan mula menyiasat kejadian tersebut.

NParks mengeluarkan denda kepada kontraktor itu pada 24 November kerana melanggar keselamatan jalan raya.

Kru kerja yang terlibat dalam insiden itu juga telah digantung daripada operasi mengangkat muatan sehingga mereka menjalani latihan semula mengenai keselamatan kerja, kata Encik Oh.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mudah alih OneService untuk melaporkan insiden atau menghubungi talian bantuan NParks di 1800-471-7300 untuk kes-kes kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >