Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kucing mati selepas jatuh dari tingkat 11

Jul 30, 2018 | 04:16 PM



SEEKOR kucing yang jatuh dari tingkat 11 sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Jurong mati semalam (29 Julai).



Menurut Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA), mereka menerima panggilan kecemasan berhubung seekor kucing yang terperangkap semalam dan mengerahkan seorang pegawai penyelamat haiwan ke tempat kejadian di Blok 733 Jurong West Street 73 sekitar 6.30 pagi.



Namun, tidak jelas sama ada kucing itu kucing liar atau haiwan peliharaan.



Selepas menilai keadaan, pegawai itu segera cuba menyelamatkan kucing tersebut menggunakan jaring, pilihan terbaik menurutnya ketika itu.



Menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Twitter, kucing itu dilihat bergelut sebelum terjatuh ke luar dari jaring itu dan terus ke tingkat bawah.



Meskipun kucing itu masih hidup selepas itu, SPCA mengesahkan bahawa ia mati beberapa minit kemudian.



Menerusi satu kenyataan, pengarah eksekutif SPCA, Dr Jaipal Singh Gill, berkata SPCA kesal dengan kematian kucing itu.



“Usaha menyelamatkan haiwan di bangunan tinggi mempunyai risiko yang besar dan pegawai kami mengambil kira pelbagai pilihan sebelum sebarang percubaan menyelamatkan dijalankan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >