Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang 3% kitaran rawatan kehamilan dibantu bagi wanita 45 tahun ke atas berjaya

Aug 28, 2023 | 03:58 PM




Buat julung-julung kali sejak 2020, apabila had umur 45 tahun bagi wanita yang ingin melakukan prosedur rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dan rawatan kehamilan dibantu (AR) dihapuskan, Kementerian Kesihatan mendedahkan betapa rendahnya kemungkinan wanita lebih berusia hamil melalui rawatan sedemikian.

Kadar kejayaan untuk kitaran rawatan AR bagi wanita berusia 45 tahun ke atas kurang daripada tiga peratus pada 2020 dan 2021, kata seorang jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH).

Kadar kejayaan merujuk pada kelahiran bayi selepas ibunya menjalani rawatan AR. 

Akhbar The Straits Times telah bertanya kepada MOH mengenai wanita berusia 45 tahun ke atas yang telah menjalani IVF di Singapura selepas had umur 45 tahun dihapuskan pada Januari 2020.


Doktor yang ditemui berkata kadar kejayaan rawatan IVF bagi wanita dalam peringkat usia itu sangat rendah kerana kesuburan wanita merosot mengikut usia. 

Dr Suresh Nair, yang mengendalikan Pusat Perubatan Penjagaan Wanita dan Kesuburan Seed of Life berkata bilangan dan kualiti telur wanita menurun apabila usia mereka meningkat. 

Ini bermakna terdapat semakin kurang telur untuk persenyawaan dan telur itu juga mengalami risiko keabnormalan kromosom lebih tinggi seperti sindrom down.

Wanita lebih berusia juga mempunyai risiko kerumitan kehamilan lebih tinggi seperti penyakit kencing manis semasa hamil dan kelahiran pramatang.

Kombinasi semua faktor ini mempunyai kesan kumulatif dan menjadikan lebih sukar bagi wanita mempunyai bayi, walaupun dengan IVF, kata Dr Nair. 

Ketua Divisyen Endokrinologi Reproduktif dan Kemandulan di Hospital Universiti Nasional (NUH), Professor P.C. Wong, berkata kemajuan dalam perubatan belum dapat mengurangkan kesan penuaan terhadap kesuburan. 

Mengulas peluang bagi wanita berusia 45 tahun ke atas mendapatkan anak, konsultan kanan di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Lisa Webber, pula berkata:

“Malangnya, peluang mempunyai bayi dengan telurnya sendiri sangat rendah, dan segolongan besar pasangan yang menjalani IVF dalam kumpulan lebih berusia ini akan mengalami kekecewaan.”

“Adalah penting bagi pasangan mempunyai jangkaan realistik terhadap rawatan IVF,” kata Dr Webber.

Dalam jawapan semasa sesi Parlimen pada 2021, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata bahawa bukti klinikal menunjukkan bahawa kadar kejayaan bagi rawatan AR yang dilakukan pada wanita berusia 40 tahun ke atas menurun dengan ketara.

Bagi wanita di bawah usia 30 tahun, kadar kejayaan adalah 26.6 peratus.

Ia jatuh kepada 24.6 peratus bagi wanita berusia antara 30 dengan 34 tahun dan 17.1 peratus bagi wanita berusia antara 35 dengan 39 tahun.

Bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, kadar kejayaan adalah 6.7 peratus.

Data tersebut berdasarkan wanita yang menjalani rawatan AR antara 2014 dengan 2018.

Sebelum ini, MOH kata bahawa risiko perubatan bagi wanita yang menjalani rawtaan AR telah berkurang dengan kemajuan teknologi perubatan, termasuk usia melebihi 45 tahun. Justeru, had usia dihapuskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >