RANGKAIAN MRT berkapisiti sederhana yang dirancang bagi kawasan barat Singapura - Laluan Daerah Jurong - mungkin diperluas ke selatan untuk disambungkan dengan Laluan Circle di stesen Haw Par Villa.
Laluan baru sepanjang 20 kilometer itu, dengan kira-kira 16 stesen, juga akan berhenti di stesen Choa Chu Kang Laluan Utara-Selatan dan di Jurong East untuk disambungkan dengan terminal kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur yang dirancang, Laluan Rentas Pulau dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada masa depan.
Ini diumum Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, yang akan berundur daripada politik selepas pilihan raya umum pada 11 September, semasa meninjau kerja naik taraf yang baru disiapkan di stesen MRT Clementi, semalam.
Beliau berkata kajian kejuruteraan sedang dilakukan bagi Laluan Daerah Jurong. Laluan itu dijangka siap pada 2025, manakala sambungannya, jika didapati boleh dilaksana, pada 2030.
Menurutnya, laluan itu akan berkhidmat bagi kawasan seperti Choa Chu Kang, Jurong East, Jurong West, bandar Tengah baru, Boon Lay serta NTU.
Sambungannya, yang dikenali sebagai Sambungan West Coast, kira-kira tujuh kilometer panjang, "akan membolehkan mereka yang menggunakan Laluan Daerah Jurong terus pergi ke pusat bandar baru, Marina Bay dan kawasan sekitarnya".
"Mereka yang tinggal di kawasan barat akan mempunyai dua laluan untuk ke CBD - sepanjang Laluan Timur-Barat sedia ada hingga ke Dewan Bandar Raya, dan juga menggunakan Laluan Daerah Jurong yang disambungkan dengan Laluan Circle ke kawasan pusat bandar," kata Encik Lui.
Mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya ini lazimnya perlu merancang dan memikirkan hidangan yang sesuai.
Berikut antara idea untuk majlis anda, sesuai untuk minggu ketiga Raya dan
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh

Ini dapat dilakukan apabila peringkat akhir Laluan Circle - satu laluan empat kilometer yang menghubungkan stesen HarbourFront ke stesen Marina Bay untuk membuat satu bulatan lengkap - siap pada 2025.
Encik Lui berkata projek itu akan menjadikan kehidupan lebih mudah bagi mereka yang tinggal dan bekerja di barat, dan pada masa yang sama "tambah lebihan dan daya tahan pada rangkaian (kereta api)", agar apabila berlaku kerosakan pada satu laluan, penumpang boleh beralih kepada laluan alternatif tanpa terpaksa jalan terlalu jauh.
Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast, Encik S. Iswaran, berkata walaupun mahu kajian kejuruteraan itu dilakukan dengan betul, beliau dan rakan AP-nya, Cik Foo Mee Har, akan "menggalak Kementerian Pengangkutan dan LTA (Penguasa Pengangkutan Darat) mempercepat projek ini".
Sementara itu, semasa ditanya apa beliau akan lakukan selepas meninggalkan politik, Encik Lui mengulangi bahawa beliau belum ada sebarang rancangan.
"Saya tidak berniat membuat apa-apa rancangan sehingga saya serahkan tugas kepada Menteri Pengangkutan akan datang," ujarnya.