Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan Thomson-East Coast mungkin dilanjut untuk sambung dengan Lapangan Terbang Changi

Jul 21, 2016 | 09:58 AM



LALUAN Thomson-East Coast (TEL) yang sedang dibina mungkin dilanjutkan untuk sambung dengan stesen MRT Lapangan Terbang Changi, serta Terminal 5 akan datang lapangan terbang itu.



Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, berkata pada pagi Khamis (21 Julai) pemerintah sedang menilai kemungkinan memanjangkan laluan MRT sepanjang 43km itu, yang dijangka dibuka secara berperingkat dari 2019 hingga 2024.



"Ia akan menyediakan sambungan terus dari lapangan terbang ke bandar. Ini akan memberi manfaat kepada pelancong dan kakitangan lapangan terbang," kata Encik Khaw semasa majlis pecah tanah bagi menandakan permulaan kerja bahagian East Coast rangkaian TEL.



Beliau juga berkata pemerintah sedang mengkaji kemungkinan membawa Laluan Rentas Pulau (CRL) yang dicadangkan ke Terminal 5 dan sebuah zon industri baru yang berkhidmat bagi lapangan terbang itu.



Butirannya akan diumum selepas kajian kemungkinan kejuruteraan disiapkan bagi TEL dan CRL.



"Bersama-sama, pilihan ini (akan) membolehkan ramai penumpang yang menggunakan rangkaian MRT bergerak dari semua bahagian pulau ini ke lapangan terbang dengan tidak lebih daripada satu pemindahan," katanya.



Bahagian East Coast rangkaian TEL akan mempunyai sembilan stesen di sepanjang bahagian sepanjang 13km yang akan berjalan melalui bahagian timur Singapura, seperti Tanjong Rhu, Siglap, Pantai Timur dan Upper Bedok South.



Ia dihubungkan ke bahagian Thomson, yang sepanjang 30km dan mempunyai 22 stesen.



Majlis pecah tanah itu, yang diadakan di tapak projek Marine Parade, juga menandakan permulaan kerja bagi dua projek lain: Depot Bersepadu East Coast dan lanjutan Laluan Downtown 3 ke Sungei Bedok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >