Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan polis dibuat setelah lelaki tebang pokok di estet BTO baru Tampines

Aug 31, 2023 | 03:51 PM



Satu laporan polis telah dibuat setelah seorang lelaki didakwa menebang pokok di estet Bina Ikut Tempahan (BTO) baru di Tampines.

Dalam pos Instagram yang dimuat naik Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng pada Rabu, beliau menegaskan bahawa perbuatan menebang, mengeluarkan atau merosakkan pokok atau pokok renek di ruang awam adalah satu kesalahan di bawah undang-undang kecil Majlis Bandaran Tampines.

Beliau berkata demikian setelah menerima maklum balas daripada penduduk dalam dua kejadian bahawa tumbuh-tumbuhan dan anak pokok di Tampines GreenDew telah ditebang.

Beliau mengesahkan daripada kumpulan perbualan Telegram penduduk bahawa individu tersebut kelihatan tinggal dalam kawasan itu.

Malah, majlis bandaran dapat memetik foto lelaki tersebut melakukan perbuatan demikian tetapi tidak dapat mengenal pastinya.

“Saya telah menyuruh majlis bandaran untuk meletakkan notis agar mengingatkan penduduk bahawa tindakan sedemikian melanggar undang-undang dan untuk meminta maklumat mengenai individu ini. Namun, saya difahamkan bahawa notis itu diturunkan oleh orang-orang yang tidak diketahui,” katanya.

Landskap sedemikian, tambah Encik Baey bertujuan mencantikkan estet dan meningkatkan kehijauan.

“Orang awam tidak patut mengeluarkan atau merosakkan tumbuh-tumbuhan itu,” tulisnya.

Majlis Bandaran Tampines telah memberitahu akhbar The Straits Times bahawa satu pokok telah ditebang, sementara dua lagi dirosakkan, walaupun ia tidak dapat mengesahkan sekiranya pelaku yang sama bertanggungjawab.

Seorang jurucakap majlis bandaran memberitahu ST bahawa ia dimaklumkan pada 23 Ogos bahawa seorang penduduk “dilihat menebang sebuah pokok” berdekatan Blok 648C Tampines Street 62.

Mereka yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang kecil majlis bandaran boleh didenda sehingga $5,000.

BH telah menghubungi polis bagi maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >