Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan berpandu ke Rumah Api Raffles dibuka kepada orang awam mulai Feb

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan membuka lawatan berpandu dwibulanan ke Rumah Api Raffles bagi orang awam mulai Februari ini.



Ini sebahagian daripada usaha MPA memupuk minat warga Singapura terhadap sejarah dan warisan negara ini sebagai hab maritim antarabangsa.



Sejak 2012, MPA telah menawarkan lawatan berpandu ke Rumah Api Raffles kepada orang awam dalam Minggu Maritim Singapura pada April setiap tahun bagi menghargai warisan maritim Singapura yang kaya.



Oleh kerana permintaan yang meningkat bagi lawatan itu, MPA telah bekerjasama dengan pengendali, Lion Heartlanders, untuk menjalankan lawatan berpandu itu secara berkala supaya orang ramai dapat mengunjungi Rumah Api Raffles sepanjang tahun.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran melancarkan lawatan berpandu itu bersama 14 pelajar yang sedang belajar dalam pelbagai bidang maritim semalam.



Beliau berkata: "Singapura mempunyai warisan maritim yang sangat kaya. Rumah api ini sebenarnya dibina pada tahun 1850-an. Dan ia dinamakan sempena Sir Stamford Raffles dan, dengan masa depan cerah yang kita ada, sektor maritim sebenarnya membina daripada warisan itu.



"Ia adalah masa depan yang didorong oleh beberapa faktor seperti penyahkarbonan, dan pendigitalan dan apa yang kami mahu lakukan adalah pastikan kami dapat memperkenalkan kepada lebih ramai rakyat Singapura terhadap sektor maritim dan berkongsi warisan yang kaya ini," katanya.



Dalam perjalanan ke Pulau Satumu, di mana rumah api itu terletak, Encik Iswaran dan peserta berpeluang mempelajari pelbagai bantuan navigasi sambil melihat beberapa jenis kapal yang melintasi Kepulauan Selatan Singapura.



Mereka juga berpeluang naik ke tingkat atas rumah api itu dan melihat alat-alat penting bagi membantu navigasi serta memberikan amaran kepada kapal yang berada di laut Singapura.



Antara mereka yang berpeluang adalah pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Sentral Cik Nor Rabiatul Adawiyah Abdullah, 19 tahun.



Beliau ghairah apabila dapat mempelajari tentang kepelbagaian penting dalam maritim Singapura.



"Pengalaman ini berbeza dari apa yang kami pelajari di dalam kelas.



"Di sini, saya dapat lihat sendiri bagaimana sibuk industri ini dan betapa pentingnya ia bagi kemajuan negara kita," kata pelajar dalam bidang maritim perdagangan itu.



Lawatan berpandu akan dijalankan selaras dengan langkah pengurusan selamat Covid-19.



Hanya mereka yang berusia 18 tahun dan keatas sahaja yang boleh menyertai lawatan itu.



Orang ramai yang berminat boleh menempah tiket menerusi laman web https://www.mpa.gov.sg/web/portal/home/maritime-singapore/public-outrea…




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >