Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $10j dikumpul dewan niaga pelbagai kaum, sokong Dana 100 Tahun Lee Kuan Yew

Sep 15, 2023 | 07:13 PM



Hampir $10.2 juta telah berjaya dikumpul lima dewan perniagaan dan persatuan etnik setempat bagi menyokong Dana 100 Tahun Lee Kuan Yew (LKY).

Jumlah tersebut hasil daya usaha yang diterajui Persekutuan Persatuan Suku Cina Singapura (SFCCA) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) dan Persatuan Serani (EA).

Lima pertubuhan itu menyampaikan cek bernilai $10,180,286 dalam satu majlis disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Dana 100 Tahun LKY telah dilancarkan pada 30 Mei lalu oleh Encik Wong yang juga Menteri Kewangan sempena ulang tahun ke-100 mendiang Perdana Menteri Pengasas Singapura itu.

Dana tersebut disasarkan untuk diguna bagi menyokong empat inisiatif berkaitan pendidikan bagi membangun serta mengiktiraf pemimpin muda dan boleh digunakan untuk menyokong inisiatif pendidikan lain pada masa depan.

Mendiang Encik Lee dilahirkan pada 16 September 1923.

Semasa menyampaikan ucapannya pada majlis yang diadakan di bangunan SCCCI yang terletak di Hill Street pada Jumaat (15 Sep), Encik Wong berkata, memperingati mendiang Encik Lee merupakan peluang bagi semua untuk merenungkan kembali nilai-nilai, prinsip dan cita-cita di mana Singapura moden dibangunkan.

“Saya fikir penghormatan terbaik yang boleh kita berikan kepadanya (mendiang Encik Lee) bukan hanya dengan mengumpul dana, tetapi yang penting, dengan menegakkan nilai-nilai asas, prinsip dan cita-cita yang pada mana telah kita bina Singapura hari ini,” kata Encik Wong.

Justeru tambahnya, beliau gembira selain mengumpul dana, kelima-lima dewan perniagaan dan persatuan etnik yang terlibat telah juga menggalak warga Singapura daripada pelbagai bangsa dan latar belakang untuk menandatangani buku dan mengikrarkan sokongan mereka terhadap nilai-nilai asas ini.

Sebanyak 218,968 tandatangan telah dikumpul dalam usaha tersebut.

“Ikrar dan tandatangan ini menunjukkan bahawa terdapat penerimaan yang kuat terhadap nilai-nilai asas dan cita-cita ini dalam masyarakat kita hari ini,” kata Encik Wong.

Memberi contoh, beliau berkata salah satu nilai tersebut ialah “berbilang kaum dan saling menyokong”.

“Disebabkan kerja keras anda, semua usaha anda, kami di Singapura hari ini didorong semangat perpaduan yang sangat kuat merentasi kaum dan agama.

“Ia kini begitu sebati, sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan begitu tertanam dalam DNA Singapura, sehinggakan ia merupakan sesuatu yang kita anggap sebagai sangat semula jadi.

“Tetapi sebenarnya, jika kita lihat sekeliling kita, negara di seluruh dunia, apa yang kita ada di Singapura adalah keadaan yang sangat luar biasa,” ujar beliau.

Encik Wong menambah, di sini, warga Singapura telah “menemukan kekuatan dalam kepelbagaian kami” dan ini merupakan sesuatu yang mesti sentiasa dihargai dan dikukuhkan secara berterusan merentas generasi.

Sementara itu, dalam ucapannya, Presiden SCCCI, Encik Kho Choon Keng, berkata daya usaha bersama untuk mengumpul dana ini menonjolkan semangat kebersamaan warga Singapura.

“Kerjasama antara lima organisasi ini menandakan usaha gabungan pelbagai kumpulan etnik untuk membantu mengukuhkan kompak sosial kita. Sikap saling percaya dan semangat kerjasama dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza hari ini telah membentuk asas yang kukuh untuk kita bersama-sama memacu tujuan yang sama,” kata Encik Kho.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >