Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1.6j individu tidak perlu fail penyata cukai tahun ini

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR tujuh dalam 10 pembayar cukai pendapatan - lebih 1.6 juta individu di Singapura - tidak akan perlu memfailkan penyata cukai tahun ini, sedang lebih banyak inisiatif dilancarkan untuk memudahkan pemfailan cukai.



Pembayar cukai ini yang layak untuk No-Filing Service (NFS) - yang bermaksud mereka tidak lagi diminta untuk mengemukakan penyata cukai - dikehendaki mengesahkan ketepatan maklumat pendapatan mereka yang disertakan secara automatik dan menyemak kelayakan mereka bagi pelepasan cukai yang dituntut.



Sekitar 120,000 daripada 1.6 juta pembayar cukai di bawah NFS akan mendapat bil cukai mereka secara langsung, di bawah insiatif Pemberitahuan Taksiran Langsung yang diperkenalkan tahun lalu, kata Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam satu kenyataan semalam.



Ini bermakna mereka akan menerima bil cukai secara langsung, dengan maklumat pendapatan mereka disertakan secara automatik dan pelepasan cukai sudah dinyatakan.



Pembayar cukai masih boleh membuat pertukaran kepada pendapatan atau butiran pelepasan mereka setelah menerima bil mereka dengan memfailkan pindaan di portal dalam talian Iras dalam tempoh 30 hari dari tarikh bil cukai mereka.



Inisiatif lain untuk memudahkan pemfailan cukai termasuk alat baru untuk membantu pembayar cukai menyemak keperluan pemfailan dan pelepasan cukai mereka di laman web Iras.



"Pekerja dan pengarah yang majikannya tidak di bawah Skim Penyertaan Auto diingatkan untuk melaporkan pendapatan pekerjaan mereka, kerana pendapatan mereka tidak disertakan secara automatik,"kata Iras.



Kerjasama kini juga akan meraih manfaat daripada pemfailan cukai yang dipermudahkan menggunakan hanya kenyataan dua baris - hasil dan keuntungan/kerugian terlaras - untuk hasil berjumlah sehingga $200,000 pada tahun penilaian 2022 yang merujuk kepada pendapatan yang diraih dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.



Ini berbanding dengan sebelum ini yang memerlukan mereka melaporkan pendapatan mereka menggunakan kenyataan empat baris merangkumi hasil, kerugian atau keuntungan kasar, perbelanjaan perniagaan yang boleh dibenarkan dan kerugian atau keuntungan terlaras.



Kenyataan empat baris itu akan terus digunakan untuk pemilik perniagaan tunggal (sole proprietors) dan rakan yang mempunyai hasil melebihi $200,000.



Pembayar cukai, termasuk pemilik perniagaan tunggal dan rakan, yang perlu memfailkan penyata cukai pendapatan perlu melakukannya di portal myTax Iras antara 1 Mac dengan 18 April ini.



Lebih 90 peratus pembayar cukai akan menerima bil digital tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >