Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 5,000 rumah boleh dibina di 3 plot tanah Tanjong Rhu

Sep 10, 2023 | 05:13 PM



Pembangunan perumahan baru bertingkat tinggi kini boleh diusahakan di atas tiga plot tanah di Tanjong Rhu, yang dianggarkan oleh penganalisis boleh menghasilkan lebih 5,000 rumah baru di lokasi yang terletak di pinggir bandar itu.

Projek pembangunan itu, yang mungkin akan dijalankan oleh pihak swasta atau awam, diwujudkan selepas plot kediaman dipisahkan semula dan nisbah plotnya meningkat dalam pindaan baru-baru ini kepada pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) 2019.

Peruntukan juga telah dibuat untuk melebarkan jalan raya pada masa akan datang, untuk memberi perkhidmatan kepada kediaman baru di kawasan tersebut, lapor The Straits Times (ST).


URA, yang menerbitkan pelan induk yang dipinda di laman webnya pada 25 Ogos, berkata pembangunan kediaman baru dengan kepadatan tinggi di plot ini akan menyokong permintaan perumahan, membolehkan penduduk memanfaatkan lokasi pusat kawasan itu dan kemudahan yang berdekatan.

Penganalisis berkata sudah lebih sedekad sejak pembangunan kediaman persendirian baru dilancarkan untuk dijual di kawasan itu.

The Line @ Tanjong Rhu, sebuah kondominium pegangan kekal 130 unit, telah dilancarkan pada 2012.

Rumah-rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berhampiran plot itu memiliki pajakan 99 tahun, bermula dari akhir 1960-an hingga pertengahan 1980-an.

Terletak di seberang Sungai Geylang dari Hab Sukan Singapura, tiga plot itu berada dalam jarak 1 kilometer sama ada dari stesen MRT Tanjong Rhu atau Katong Park.

Stesen-stesen di Laluan Thomson-East Coast (TEL) dijadualkan dibuka pada 2024.

Rumah-rumah baru itu juga berada dalam jarak berjalan kaki dari Sekolah Menengah Dunman High, Pusat Masyarakat Katong dan penyambung taman yang menghala ke Marina Bay.

Penganalisis hartanah memberitahu ST bahawa walaupun Tanjong Rhu sebahagian besarnya adalah kawasan kediaman persendirian, perumahan awam boleh dibangunkan di plot itu.

Namun, tidak mungkin mana-mana plot akan digunakan untuk projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pada 2023, berdasarkan data HDB pada pelancaran jualannya pada September dan Disember.

Tiada satu pun plot yang ada dalam senarai tapak Jualan Tanah Pemerintah. Senarai itu dijangka dikemas kini menjelang Disember.

Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun berkata walaupun beliau menjangkakan plot itu akan digunakan untuk perumahan persendirian berikutan profil kediaman semasa kawasan itu, flat awam baharu tidak boleh diketepikan.

Ini memandangkan usaha baru pemerintah untuk menjadikan rumah HDB ditempatkan di kawasan utama di mana lebih mudah diakses oleh pembeli rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >