Lebih 540 pegawai SAF naik pangkat

SERAMAI 434 pegawai, 67 pakar ketenteraan (ME) dan 40 pegawai waran dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah dinaikkan pangkat tahun ini.

Satu majlis kenaikan pangkat telah diadakan di Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Panglima Angkatan Tentera, Mejar-Jeneral Perry Lim, hadir menyampaikan sijil di majlis yang diadakan di Mindef.

Mereka yang dinaikkan pangkat termasuk pegawai tetap dan anggota kerahan perkhidmatan negara, dari Tentera Darat, Angkatan Laut dan Angkatan Udara.

Ketua Pegawai Waran (MWO) Ahmad Ali, 50 tahun, telah dinaikkan pangkat dari Pegawai Waran Pertama (1WO).

Beliau merupakan penyelia bekalan dan antara tugas beliau termasuk melatih pegawai Perkhidmatan Negara di Pusat Latihan Logistik Tentera (ALTC) di Kem Kranji.

MWO Ahmad meletakkan kepentingan dalam pembangunan dan kemajuan pegawai di bawah naungannya.

"Saya cuma ada dua minggu bersama mereka dan dalam masa itu saya harus memastikan yang mereka dilatih dengan baik.

"Jika mereka gagal, saya gagal dan apabila mereka cemerlang, saya akan berasa bangga dengan pencapaian mereka," katanya yang mempunyai tiga anak berumur tujuh hingga 23 tahun.

Beliau yang sudah berkhidmat dengan SAF selama 30 tahun berkata bapanya yang dahulu berkhidmat di bawah tentera British adalah inspirasinya.

"Kenaikan pangkat ini menunjukkan SAF mempercayai akan kebolehan saya dan mempunyai keyakinan terhadap diri saya.

"Ia merupakan tanggungjawab saya memimpin generasi muda ini dan saya akan melakukan yang terbaik," katanya.

Kolonel (COL) Mohd Fahmi Aliman, 43 tahun, pula telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Kolonel Kanan (SLTC).

Beliau yang telah berkhidmat bersama SAF selama 24 tahun berkata:

"Pertahanan negara ini merupakan tanggungjawab saya dan kenaikan pangkat seperti ini memberikan saya motivasi untuk bekerja dengan lebih gigih lagi."

Dengan kenaikan pangkat ini, beliau akui perlu memikul tanggungjawab yang lebih besar dan harus meningkatkan mutu khidmatnya.

COL Fahmi berkata keluarganya memainkan peranan penting dalam pencapaiannya ini.

"Isteri saya yang merupakan seorang guru serta empat anak saya berumur enam hingga 19 tahun memahami kerjaya saya dan menyokong saya," katanya.

Beliau mengakhiri temu ramah dengan memberikan kata-kata perangsang.

"Bagi mereka yang ingin berkhidmat dengan SAF, anda harus tahu yang ia merupakan satu komitmen yang besar.

"Anda harus ada minat yang mendalam dan mesti berani menghadapi segala cabaran yang datang," katanya.

Seorang lagi yang hadir di majlis semalam ialah SLTC (NS) Dr Mohamad Rosman Othman yang telah dinaikkan pangkat daripada LTC.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 50
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.