Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak peluang kerja, latihan tersedia bagi individu kurang upaya

Konsep pekerjaan turut diperluas bagi iktiraf pelbagai laluan kerjaya bagi golongan ini
Aug 14, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak peluang pekerjaan dan latihan disediakan bagi individu kurang upaya (PWD), termasuk lulusan sekolah pendidikan khas (Sped), sejak kebelakangan ini, sedang konsep pekerjaan juga diperluas.



Konsep pekerjaan diperluas itu mengiktiraf pelbagai laluan kerjaya bagi golongan ini, sama ada kerja di rumah, dalam masyarakat, atau dalam suasana pekerjaan yang terlindung, kata beberapa pihak berkepentingan.



Ketua Pegawai Eksekutif SG Enable, Cik Ku Geok Boon, berkata trend pekerjaan telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didorong digitalisasi dan aturan kerja di rumah, sekali gus memberi laluan kepada konsep dan definisi kerja lebih luas yang diterima masyarakat.



"Ini bermakna lebih banyak peluang bagi pekerjaan, yang boleh membantu mencungkil pelbagai bakat serta potensi orang kurang upaya," kata Cik Ku kepada Berita Minggu.



Pekerjaan bagi PWD berusia 15 tahun hingga 64 tahun meningkat dalam dua tahun lalu semasa pandemik, daripada 28.2 peratus kepada 30.1 peratus, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, di Parlimen pada Mac lalu.



Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (MOE) pula melancarkan Sukatan Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Vokasional (VE TLS) yang akan dimulakan di 20 Sped mulai Januari 2023.



Antara lain, sukatan pelajaran baru itu akan menggunakan konsep kerja yang lebih luas dan lebih inklusif untuk mengiktiraf laluan kerja yang pelbagai bagi lulusan Sped.



Konsep pekerjaan lebih luas mengiktiraf pekerjaan lain seperti kerja penjagaan, kerja di rumah dan masyarakat, serta luahan kreatif, ujar pengetua Sekolah Metta, Cik So Kah Lay.



"Sebelum ini, kerja bermaksud mempunyai tugas. Konsep kerja yang lebih luas dan merangkumi 'kerja' lain seperti kerja penjagaan, kerja sukarela, dan luahan kreatif, seperti menulis dan melukis, membolehkan kita memandang 'kerja' dari perspektif berbeza," kata Cik So.



SG Enable pula bekerjasama dengan sekolah Sped untuk menempatkan lulusan dalam pelbagai sektor - dari hospitaliti, teknologi, pengilangan hingga infokom.



Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, berkata terdapat rancangan untuk menyokong golongan PWD menerusi penempatan pekerjaan.



"Menerusi Inisiatif Harmonisasi Tenaga Kerja kami, DPPMS juga merancang untuk melanjutkan usaha kami kepada masyarakat PWD dan meneroka peluang untuk memadankan mereka dengan pekerjaan dalam kalangan anggota DPPMS," kata Encik Farid.



Beberapa majikan yang kini menggajikan individu keperluan khas, seperti restoran Malayan Council dan syarikat logistik setempat FE Logistics, berkata mereka bersedia atau mempunyai rancangan untuk menerima lebih ramai pekerja sedemikian.



Pegawai acara dan pemasaran Malayan Council, Cik Mariani Sumarno, berkata ia masih bergantung kepada keupayaan mereka, bermula dengan interviu secara lisan serta penilaian berdasarkan kemahiran.



"Kami percaya, dengan latihan, penempatan dan sokongan sewajarnya, individu yang mempunyai autisme boleh bekerja dan menjadi produktif," ujar Cik Mariani.



Cik Ku percaya lebih banyak yang boleh dilakukan untuk menyokong golongan kurang upaya di Singapura.



"Walaupun negara kita telah mencapai banyak kemajuan dalam menyokong dan menyepadukan individu kurang upaya dalam masyarakat, kami percaya lebih banyak lagi yang boleh dilakukan, sama ada menerusi pemberian hadiah korporat, membangun inovasi sosial atau kerja sukarela," Cik Ku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >