Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN - JAUH DI MATA, SINGAPURA TETAP DEKAT DI HATI

Lebih kenali jati diri bila jauh di perantauan

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



SETIAP kali kalau terdengar lagu-lagu Hari Kebangsaan Singapura, setiap kali itu juga lah air mata saya mula menjurai. Terutama bila lagu Home diputarkan.



Seperti penyanyinya, Kit Chan, saya juga pernah duduk di luar negara selama 18 tahun sebelum pulang ke tanah air pada pertengahan 2018.



Pada usia semuda 19 tahun, saya telah pun merantau dan meninggalkan Singapura dan menetap di Kuala Lumpur selama dua tahun.



Pengalaman itu telah membuka minda saya tentang arah dan tujuan hidup, tetapi ia tidak sama dan tidak menyediakan saya untuk pengalaman seterusnya bila tinggal di Eropah ketika saya berumur 25 tahun dan di Timur Tengah kemudiannya.



Antara strategi saya bila menetap di luar negara ialah mencari kenalan dari rumpun yang sama. Dalam masa beberapa minggu di Jerman, saya dapat berkenalan dengan segelintir orang Melayu dan membuat janji temu dengan mereka. Untung saya pada masa itu, Internet sudah ada, dan mudah untuk saya mencari komuniti Melayu Singapura di mana jua.



Kami kesemuanya hanya lima orang, seingat saya. Perjumpaan itu merupakan yang pertama dari banyak lagi perjumpaan, dan perhubungan kami kian rapat selama saya menetap di sana hampir lima tahun.



Sehinggakan sewaktu saya ingin melahirkan pun mereka ada di sisi saya dan kerap menghantarkan makanan setelah bersalin.



Keakraban ini terjalin dengan serta-merta - dan ini adalah antara yang istimewa bila berjumpa dengan orang 'kampung'.



Setiap kali berjumpa, tentu kami berkongsi cerita tentang Singapura dan bagaimana kami semua amat merindukan tanah air. Terutama keluarga yang jauh di mata.



Bila menetap di luar negara, kadang-kadang teringat pula dengan makanan-Melayu yang payah didapati. Sewaktu saya berpindah ke Arab Saudi, saya ingat pernah mencuba buat mi kuning dan susu kacang soya dari mula kerana teringin sangat. Apresiasi tentang makanan, budaya dan warisan tentu lebih tinggi bila kita di luar sana, sambil terbuka hati ingin mengenal jati diri.



Di Amiriah Arab Bersatu (UAE), khususnya di Dubai di mana saya pernah menetap selama hampir 10 tahun, saya mula berminat dengan baju tradisional Melayu! Di kawasan Naif, yang terkenal dengan peniaga kain, ada sebuah kedai jahit yang dikendalikan jejaka India yang biasa mengambil tempahan baju-baju tradisional Melayu kerana pramugari SIA dulu selalu berkunjung ke situ.



Terus terang saya katakan, sebelum itu, memang saya tidak punya banyak pakaian tradisional, tapi semenjak berada di Dubai, saya bangga menggayakan busana Melayu ke majlis-majlis rasmi.



Saya beruntung kerana terdapat ramai orang Singapura - kira-kira 3,000 - yang menetap di UAE, dan komuniti Melayu Singapura di sana sangat aktif dan selalu bersua muka dalam pelbagai acara, terutama bagi sambutan Hari Kebangsaan!



Tidak semua orang tahu tentang Singapura. Tidak juga semua tahu kita dari negara yang berbilang bangsa, berjaya dan maju; jadi saya selalu mendapati diri dalam situasi harus menjadi 'duta' Singapura apabila berdepan dengan orang asing yang tidak mengenali Singapura.



Saya sedar, tingkah laku, perwatakan saya dan cara saya berkomunikasi mencerminkan bukan saja keperibadian saya, tetapi juga, identiti saya sebagai orang Singapura.



Saya rasa beruntung dapat kembali ke tanah air setelah lama bermastautin di luar negara. Selama ini, saya rasa terlindung kerana memegang pasport Singapura yang menjaminkan keselamatan saya di mana jua saya berada.



Kini masanya sudah tiba dan saya sedia berbakti pada negara yang saya pernah tinggalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >