Lebih ramai diberhentikan kerja tahun lalu

LEBIH ramai orang diberhentikan kerja tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan lewahan (redundancy) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada Rabu (20 April).

Seramai 15,580 pekerja diberhentikan tahun lepas, 2,650 lebih ramai daripada pada 2014 dan tahun kelima berturut-turut lewahan bertambah. Kadar pengangguran keseluruhan, bagaimanapun, kekal rendah 1.9 peratus.

Pemberhentian meningkat dalam semua sektor tahun lepas, terutamanya pengilangan. Kejatuhan harga minyak global dan kelembapan permintaan dalam sektor marin dan binaan mengakibatkan industri itu membuang 5,210 pekerja, 1,240 lebih ramai daripada pada 2014.

Sektor perkhidmatan juga terjejas teruk dengan 8,510 pekerjaan hilang, 1,250 lebih banyak daripada tahun sebelum itu.

Pemberhentian juga meningkat dalam sektor binaan buat tahun ketiga berturut-turut, daripada 1,690 kepada 1,780 orang, disebabkan permintaan binaan berkurangan bagi kedua-dua sektor, awam dan swasta.

Perdagangan borong dan perkhidmatan kewangan juga menunjukkan peningkatan lewahan.

Golongan umur berumur 40 tahun ke atas membentuk kumpulan majoriti penduduk yang kehilangan pekerjaan, sebanyak 65 peratus.

Profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) juga kekal lebih terdedah kepada lewahan dan mengambil masa lebih lama untuk mencari pekerjaan baru, sesuatu yang diperhatikan sejak 2012.

PMET mengalami 8,550 pemberhentian tahun lalu, meningkat daripada 6,530. Mereka juga lebih berisiko diberhentikan kerja, dengan kira-kira sembilan daripada setiap 1,000 pekerja kehilangan pekerjaan, berbanding kurang 7.5 bagi setiap 1,000 pekerja kumpulan lain.

Penduduk Singapura juga mengambil masa lebih lama untuk mencari kerja selepas diberhentikan.

Rekod Tabung Simpanan Pekerjaan (CPF) menunjukkan 66 peratus penduduk yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu mendapat kerja baru menjelang Disember lepas, berkurangan daripada 68 peratus pada 2014.

Lapan dalam 10 penduduk mengambil masa tiga bulan atau kurang untuk bekerja semula, sama seperti tahun-tahun lalu.

Tujuh puluh peratus pekerja yang mendapat pekerjaan baru mendapatinya dalam industri berbeza daripada sebelum itu, dengan bidang perdagangan borong dan runcit dan perkhidmatan pentadbiran dan sokongan paling mungkin mempunyai kerja kosong.

Firma menyebut penyusunan semula berterusan perniagaan serta kelembapan ekonomi sebagai alasan utama pekerja diberhentikan tahun lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.