Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lelaki didakwa langgar penunggang basikal hadapi tuduhan cuba bunuh

Jul 05, 2023 | 03:40 PM



Seorang lelaki 48 tahun dituduh melakukan percubaan membunuh dengan melanggar seorang penunggang basikal di Kaki Bukit dengan van yang dipandunya pada Mac.

Mahkamah mendapati Toh Sze Ee berniat melakukan pembunuhan terhadap Encik Hossen Selim dalam kejadian pada 16 Mac sekitar 5 petang dekat Kaki Bukit Avenue 5 menuju ke arah Kaki Bukit Road 5.

Seorang pendakwa polis berkata di mahkamah pada Rabu bahawa mangsa kini dalam keadaan serius di hospital dan tidak berupaya berkomunikasi.

Tiada butiran lain didedahkan.

Pihak pendakwa meminta supaya Toh direman di Pusat Perubatan Complex (CMC) di Penjara Changi bagi penilaian psikiatri.

Pegawai pendakwa polis itu berkata: “Terdapat keperluan untuk mengesahkan sama ada tertuduh sedar betapa berat kesalahannya.”

Toh, yang kini sedang direman di Divisyen Polis Central, hadir menerusi pautan video dengan berpakaian kemeja polo putih, dan bercakap menerusi seorang penterjemah Bahasa Mandarin.

Apabila ditanya oleh Hakim Daerah Terence Tay jika dia ingin berkata sesuatu, Toh meminta supaya dia dihantar ke Institut Kesihatan Mental.

Menurutnya, dia mempunyai sejarah kemurungan tetapi tidak dapat memberitahu diagnosis rasmi keadaannya.

Dia juga menghadapi dua tuduhan berkaitan barang yang tidak dibayar cukai.

Menurut dokumen pertuduhan, pada 20 Jun sekitar 7 malam di sebuah tempat letak kereta terbuka dekat Blok 1, East Coast Road, dia ditemui dengan sebanyak 3,948 karton rokok haram seberat sekitar 695 kilogram.

Toh didakwa mengelak daripada bayaran duti sejumlah $387,693 dan cukai sejumlah $34,900 bagi barang tersebut.

Seorang pendakwa Kastam berkata pada Rabu bahawa Toh akan diminta memberi kenyataan lanjut.

Toh diwakili peguam bela Encik Foo Ho Chew dari syarikat H C Law Practice.

Memandangkan kesalahannya yang serius dan keadaan mangsa, pihak pendakwa menyatakan mereka tidak menawarkan ikat jamin.

Hakim menerima permohonan supaya Toh direman di CMC selama tiga minggu.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah lagi pada 26 Julai.

Jika didapati bersalah melakukan percubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan, pesalah boleh dihukum penjara seumur hidup dan dirotan, atau dijel sehingga 20 tahun, didenda atau dirotan, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >