Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 12 bulan kerana tumbuk, tendang remaja hingga patah hidung

Dec 30, 2015 | 03:04 PM



SEORANG lelaki berusia 31 tahun yang menumbuk dan menendang muka seorang remaja lelaki berusia 15 tahun hingga patah tulang hidungnya dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Rabu (30 Disember).


Harvinder Singh Dhillon Balbir Singh, seorang drebar, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan satu tuduhan pencerobohan jenayah.


Dia juga mengaku bersalah bagi dua pertuduhan menyebabkan kecederaan, yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa pada 30 Ogos tahun lalu, Harvinder mengadakan sambutan hari jadi di sebuah chalet di Goldkist Beach Resort di East Coast Parkway.


Remaja itu, kini 17 tahun, berada di chalet berasingan bagi sambutan hari jadi ke-21 sepupunya. Mereka tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti remaja tersebut kerana dia di bawah umur.


Pada kira-kira 3 pagi esoknya, seorang tetamu di majlis remaja itu berkelahi dengan tiga rakan Harvinder.


Tetamu berkenaan, 27 tahun, ditumbuk oleh dua rakan Harvinder - Mahesh Vejayan, 30 tahun, dan Muhammad Azmi Abdullah, 26 tahun - dan membalasnya.


Remaja tersebut dan kakaknya, kini 23 tahun, kemudian pergi memohon maaf kepada Harvinder dan kawan-kawannya.


Bagaimanapun sedang remaja itu bercakap, Harvinder berlari ke arahnya dengan beberapa lelaki tidak dikenali dan mendesak ingin tahu siapa mencederakan Mahesh.


Harvinder kemudian menumbuk hidung remaja itu, menyebabkan dia jatuh. Beberapa lelaki itu kemudian menendangnya beberapa kali.


Remaja itu dan kakaknya dapat kembali ke chalet mereka tetapi mereka tidak menguncinya.


Harvinder serta kawan-kawannya lalu masuk ke dalam dan menendang remaja itu beberapa kali.


Harvinder mengambil batang penyapu untuk memukulnya tetapi seorang kawan perempuan remaja itu berdiri di depannya untuk melindunginya.


Dia memukul wanita berusia 25 tahun itu di tulang rusuknya dengan batang penyapu tersebut.


Harvinder dan kawan-kawannya hanya beredar selepas seorang lelaki lebih tua masuk dan menggesa mereka supaya pergi.


Kes terhadap penyerang lain yang telah dikenal pasti masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >