Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki mula dibicara bagi tuduhan rogol dan cabul ibu, 56 tahun

Jul 05, 2016 | 03:28 PM



SEORANG lelaki berusia 33 tahun mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada Selasa (5 Julai) bagi tuduhan merogol dan mencabul kehormatan ibu kandungnya, 56 tahun, di rumah mereka.



Penyelaras keselamatan itu, yang menghadapi tuduhan rogol, mencabul dan mencabul teruk mengakui tidak bersalah.



Semua kesalahan itu dikatakan dilakukan pada kira-kira 2.30 pagi pada 4 Okt 2013 dalam flat satu bilik mereka.



Selain didakwa merogol ibunya, lelaki itu dituduh mengekang beliau sambil mencium buah dadanya dan memaksa beliau menyentuhnya secara seksual.



Membuka kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sellakumaran memberitahu mahkamah lelaki itu, anak kedua daripada tiga anak lelaki, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di flat tersebut.



Pada awal pagi 4 Oktober 2013, mangsa bersendirian di rumah dan sedang tidur apabila anaknya itu pulang.



Semasa perbicaraan, mahkamah akan mendengar keterangan bagaimana tertuduh "mencabul dan merogol ibunya sendiri walaupun beliau merayu kepadanya supaya berhenti," kata Encik Sellakumaran.



Beliau memberitahu mahkamah mangsa keluar dari flat itu pada 6 pagi - seawal mungkin - dan pergi ke rumah salah seorang menantu perempuannya.



Sepanjang perjalanan, dia menelefon tertuduh menggunakan salah satu telefon bimbitnya dan menggunakan yang satu lagi untuk merakam perbualan mereka tentang apa yang berlaku, kata DPP itu.



Rakaman audio akan dimainkan semasa perbicaraan bagi mahkamah mendengar kesedihan mangsa dan kesukaran beliau memahami tindakan tertuduh, ujarnya.



Pendakwaan akan membentangkan bukti daripada 22 saksi, termasuk keluarga besar mangsa, yang akan memberi keterangan bahawa beliau kelihatan bingung dan sedih apabila mereka menemuinya di rumah menantu perempuannya, beberapa jam selepas serangan yang didakwa itu.



Doktor yang memeriksa mangsa juga akan memberi keterangan.



Saksi pertama yang memberi keterangan pada Selasa ialah seorang penganalisis DNA daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang memeriksa baju mangsa.



Cik Crystal Lai berkata beliau menjalankan ujian andaian dan mendapati dua kawasan yang mungkin telah dicemari air mani atau lelehan faraj. Namun, sampel itu terlalu lemah untuk ujian lanjut dijalankan.



Mahkamah itu kemudian dikosongkan untuk mangsa memberi keterangan.



Lelaki itu, yang kali pertama didakwa pada 2013, asalnya dijadual dibicarakan November lalu. Tetapi perbicaraan itu ditangguhkan untuk dia memutuskan sama ada mahu dibela Peguam Kanan Harry Elias dan Peguam Kanan Chelva Rajah di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah Persatuan Undang-Undang.



Sebelum ini, dia telah mengubah dua kumpulan peguamnya.



Encik Elias kini mewakilinya.



Rogol membawa hukuman penjara hingga 20 tahun, dan rotan atau denda. Tuduhan cabul teruk membawa hukuman penjara antara dua dan 10 tahun dan rotan, sementara kesalahan mencabul membawa hukuman penjara hingga dua tahun, serta hukuman rotan atau denda, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >