Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 'rogol pembantu rumah dua kali dalam enam jam'

May 11, 2016 | 10:47 AM



SEORANG lelaki berusia 45 tahun dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada Selasa (10 Mei) atas dakwaan merogol pembantu rumahnya dari Myanmar dua kali dalam tempoh enam jam di flatnya di Pasir Ris.

Pengedar alkohol warga Malaysia itu, yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura, tidak menafikan mengadakan hubungan seks dengan pembantu rumah tersebut, tetapi berhujah perbuatan itu dilakukan secara rela.

Nama lelaki itu tidak disiar kerana mahkamah menghalang penyiaran sembarang maklumat yang boleh membuat mangsa dikenal pasti.

Lelaki itu kini telah bercerai dengan isterinya, yang menggajikan pembantu rumah tersebut.

Dia didakwa pertama kali merogol wanita berusia 35 tahun itu pada kira-kira 1 pagi 20 Dis 2013.

Pendakwa, dalam hujah pembukaan kepada mahkamah, berkata mangsa sedang tidur dan sendirian apabila lelaki itu pulang ke rumah pada awal pagi.

Dia menahan wanita itu, mencabul kehormatannya dan merogolnya walaupun beliau merayu kepadanya supaya berhenti, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kumaresan Gohulabalan.

Enam jam kemudian, wanita itu didakwa dirogol kali kedua dengan cara yang sama.

Seorang rakan lelaki mangsa akan memberi keterangan bahawa wanita itu kesedihan apabila menelefonnya pada hari sama untuk memberitahu bahawa beliau telah dirogol, kata DPP.

Wanita itu juga menelefon polis.

Pegawai polis yang respon kepada panggilan tersebut memberitahu mahkamah mereka tiba di flat itu lewat pagi dan mangsa kelihatan tenang semasa bercakap kepada seorang pegawai wanita.

Mereka berkata lelaki itu meminta maaf kepada pembantu rumahnya tetapi beliau memalingkan mukanya.

Pada satu ketika, lelaki itu menyangkung di depan mangsa dan berkata: "Tolonglah jangan lakukan ini kepada saya."

Perbicaraan disambung pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >