Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima pekerja cedera selepas tembok runtuh di bangunan kilang

Sep 12, 2017 | 05:30 AM



LIMA pekerja cedera dalam kemalangan yang menyebabkan sebahagian tembok runtuh di sebuah bangunan kilang di Bukit Batok semalam.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam pos Facebook pada 11.43 pagi semalam bahawa pihaknya mula bertindak dengan pergi ke tempat kejadian di Enterprise Centre di 20 Bukit Batok Crescent pada sekitar 11 pagi.



Seterusnya pada 1 petang, SCDF berkata bahawa lima pekerja yang cedera telah dibawa ke hospital.



Kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan yang ketara di dalam bangunan itu, namun tiada kebakaran dikesan dan tiada sesiapa yang terperangkap.



Cik Valerie Ong, pengurus akaun di sebuah firma IT yang terletak bertentangan dengan bangunan terjejas itu, memberitahu The Straits Times bahawa beliau terdengar satu letupan kuat pada sekitar 11 pagi.



"Tingkap kaca dan perabot di pejabat saya bergegar sedikit. Pada mulanya saya fikir ia guruh, tetapi setelah itu saya sedar ia letupan," kata Cik Ong, 20-an tahun.



Beliau juga menambah bahawa terdapat asap yang keluar dari beberapa tingkap yang rosak di bangunan itu, dan beberapa pekerja keluar dari bangunan tersebut sejurus selepas letupan itu.



Seorang saksi yang bekerja di Enterprise Centre memberitahu laman web kewartawanan Stomp bahawa letupan itu berasal dari sebuah unit berdekatan.



Foto yang dihantarnya kepada Stomp menunjukkan bahagian tembok dan siling yang rosak teruk, dengan serpihan terdapat di sebuah kereta.



SCDF menghantar sebuah kereta bomba, tiga Red Rhino, tiga ambulans dan tiga kenderaan sokongan ke tempat kejadian.



Siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >