Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan undang-undang akan diterima masuk ke badan peguam tanpa perlu lengkap tempoh latihan

Nov 07, 2023 | 05:38 PM



Menjelang 2024, graduan undang-undang yang lulus peperiksaan Bahagian B Majlis Peguam (Bar) boleh diterima masuk ke badan peguam tanpa perlu melengkapkan tempoh latihan yang ditetapkan.

Dinamakan peguam (bukan pengamal), atau peguam (NP), golongan peguam baru ini tidak mempunyai hak mengamalkan undang-undang di firma guaman dan entiti seumpamanya.

Sebaliknya, mereka boleh mengambil laluan kerjaya alternatif, seperti menjadi peguam dalaman atau ahli akademik, dalam usaha memperluas laluan kerjaya perundangan di sini. 

Kategori baru peguam ini adalah salah satu pindaan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1966, yang diluluskan di parlimen pada Selasa.

Antara pindaan lain, Kementerian Undang-undang (MinLaw) akan memanjangkan tempoh latihan pelatih dari enam bulan ke setahun dan menyediakan mereka pilihan mengamalkan undang-undang di bawah penyeliaan buat sementara.

Kementerian itu juga akan membenarkan pelatih menjalani kontrak latihan mereka sehingga tiga bulan di jabatan undang-undang dalaman di syarikat yang diluluskan.

Penggantungan pada permohonan kontrak latihan undang-undang turut akan diperkenalkan bagi mengurangkan tekanan graduan undang-undang.

Pindaan itu bertujuan meningkatkan standard keseluruhan rejim latihan profesional untuk peguam menyusuli saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Latihan Profesional Peguam (CPTL). 

Di bawah rejim semasa, graduan undang-undang perlu menjalani kursus selama enam bulan dan lulus peperiksaan Bahagian B, serta melengkapkan kontrak latihan selama enam bulan dengan firma guaman tempatan, untuk dipanggil ke Majlis Peguam.

Pada masa ini, kemasukan ke Majlis Peguam adalah sinonim dengan kelayakan mengamalkan undang-undang.

Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, ketika berucap di Parlimen pada Selasa, berkata penambahbaikan pada rangka kerja kemasukan ke Majlis Peguam itu menunjukkan bahawa “pendidikan undang-undang boleh membawa kepada laluan kerjaya undang-undang yang berbeza”.

“MinLaw membangunkan teras yang kukuh untuk peguam berkhidmat kepada masyarakat Singapura; dan menyediakan perkhidmatan undang-undang berkualiti tinggi untuk meningkatkan persekitaran perniagaan kita.

“Walau bagaimanapun, realiti kita adalah ia adalah persekitaran operasi yang pantas berubah dan kami memerlukan bakat undang-undang untuk menyokong semua aspek ekonomi dan masyarakat kita,” katanya lagi.

Anggota Parlimen (AP) mengalu-alukan perubahan perubahan pada rangka kerja profesion undang-undang.

Bagaimanapun, beberapa AP juga menyuarakan kebimbangan.

Encik Patrick Tay (SMC Pioneer) menyoal sama ada saranan yang dikemukakan CPTL akan menjejas bekalan peguam di Singapura.

Cik Rahayu berkata rangka kerja baru bagi kemasukan ke Majlis Peguam akan membolehkan mereka yang tidak berniat menjadi pengamal undang-undang meneruskan peranan undang-undang lain tanpa melaburkan masa tambahan untuk menyelesaikan tempoh latihan.

“Ini sebaliknya akan mengurangkan persaingan untuk jawatan latihan pengamal undang-undang. Pengurangan peguam bukanlah fenomena baru.

“Peguam mempunyai banyak pilihan berbeza mengikut amalan itu. Ini termasuk menjadi peguam dalaman, menyertai pemerintah atau syarikat teknologi undang-undang atau memasuki bidang pendidikan,” jelas Cik Rahayu lagi.

“Kita harus menerimanya dengan tangan terbuka. Bakat undang-undang diperlukan untuk menyokong semua aspek ekonomi dan masyarakat Singapura,” tambah beliau.

Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) pula bertanya mengenai kandungan dan kualiti latihan semasa tempoh latihan yang dipanjangkan. 

Cik Rahayu berkata Institut Pendidikan Guaman Singapura (Sile) telah menerbitkan notis terperinci mengenai rejim kemasukan baru pada laman web mereka.

Ia menggariskan keperluan latihan baru dan pilihan yang tersedia untuk graduan undang-undang yang ingin melengkapkan tempoh latihan mereka.

“MinLaw sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk meminda perundangan subsidiari sebelum rangka kerja baru berkuat kuasa menjelang Julai 2024,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >