Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah bantu firma guaman manfaat AI menerusi pelan digital industri

Oct 16, 2023 | 06:16 PM



Pelan Digital Industri (IDP) Undang-Undang baru telah dilancarkan pada Isnin oleh Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

IDP tersebut merupakan yang pertama di sini untuk membincangkan penyelesaian dengan Kecerdasan Buatan (AI) dan keupayaan AI Generatif, selain mengetengahkan potensi penggunaan AI bagi firma undang-undang Singapura (SLP).

IDP baru ini menyediakan SLP dengan panduan untuk mengenal pasti penyelesaian teknologi yang sesuai untuk diguna pakai dan latihan yang berkaitan bagi pekerja mereka pada setiap peringkat perjalanan pendigitalan mereka.

IDP juga boleh membantu pelbagai profil SLP yang berbeza. Kategori penyelesaian disusun mengikut perspektif empat ciri peguam berbeza dan tiga jenis firma SLP kecil dan sederhana yang berbeza, setiap satu dibangunkan berdasarkan ciri umum SLP dan set cabaran yang biasa mereka hadapi.

Jenis firma undang-undang masing-masing kemudian dipadankan dengan keperluan yang mungkin diperlukan oleh sesebuah SLP, yang kemudiannya dilakarkan mengikut Pelan Hala Tuju Penyelesaian Digital untuk memberikan SLP panduan yang jelas dan mudah kepada penyelesaian teknologi undang-undang dan digital yang relevan dan terkini yang tersedia.

IDP Undang-Undang merupakan yang pertama rentas pelbagai industri untuk mengguna pakai pendekatan penilaian yang mencirikan sesebuah firma guaman mengikut keperluan masing-masing, dan merupakan IDP terkini yang dilancarkan di bawah program SME Go Digital IMDA.

Pendekatan sedemikian penting kerana keperluan digital firma guaman adalah pelbagai dan terdapat banyak penyelesaian bagi keperluan pendigitalan berbeza.

Selain itu, dengan AI semakin mengubah dunia, termasuk dalam industri undang-undang, IDP tersebut merangkumi AI dan AI Generatif yang boleh membantu peguam melakukan tugas dengan lebih cekap.

Ini termasuk ketika melakukan penyelidikan undang-undang dengan bertanyakan soalan umum dan menghasilkan draf pertama dokumen.

“Keuntungan kecekapan sedemikian akan membebaskan masa peguam, agar mereka boleh menumpukan perhatian pada melaksanakan tugas bernilai lebih tinggi seperti merangka strategi kes atau rundingan, mengenal pasti peluang perniagaan baru dan membina hubungan dengan pelanggan,” kata IMDA dan MinLaw.

Dibangunkan bersama oleh MinLaw dan IMDA dan dalam perundingan rapat dengan pihak berkepentingan dari industri perundangan, IDP Undang-Undang tersebut merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Pelan Hala Tuju Teknologi dan Inovasi MinLaw (2020) untuk menggalakkan inovasi, penggunaan teknologi dan pembangunan dalam industri perundangan Singapura bagi dekad seterusnya.

Semasa pelancaran IDP baru itu yang diadakan di FinTech Hub SG di Robinson Road, Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata teknologi dan data terus mengubah pelbagai aspek kehidupan dan perniagaan dan industri undang-undang tidak terkecuali.

“Firma guaman juga telah mula memanfaatkan AI dalam kerja mereka dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakannya untuk menyemak dokumen dan draf ringkasan, ada yang menggunakan alat berasaskan AI generatif untuk menjalankan penyelidikan undang-undang bagi kes litigasi mereka.

“Banyak lagi (perkembangan) yang perlu diikuti. Persoalannya ialah, apakah yang perlu saya lakukan sebagai pemilik firma guaman, rakan kongsi atau sekutu, dengan semua perkembangan ini?

“Dalam hal ini, saya fikir IDP Undang-undang akan menjadi sumber yang berguna sebagai permulaan,” kata Cik Rahayu.

Beliau menambah, IDP menyediakan panduan kepada firma guaman untuk memahami semua alat teknologi undang-undang yang tersedia serta mempelajari penggunaan mereka bagi kes-kes tertentu.

Menyentuh isu kos, Cik Rahayu akur ia mungkin satu kebimbangan terutama bagi firma kecil atau sederhana.

Oleh itu, program pembiayaan Inisiatif Platform Teknologi Undang-undang yang memanfaatkan Geran Penyelesaian Produktiviti bagi Sektor Undang-undang (PSG-Legal) telah dilancarkan.

Di bawah program pembiayaan itu, beberapa penyelesaian teknologi undang-undang sesuai telah disusun dan dilayakkan, supaya firma guaman boleh mendapatkan sedikit sokongan untuk menerima pakainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >