Madame Tussauds pamer patung lilin mendiang Lee Kuan Yew dan isteri di laman muzium di Sentosa

MUZIUM lilin Madame Tussauds akan memberi penghormatan kepada mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew dengan meletak patung beliau dan isteri beliau, mendiang Cik Kwa Geok Choo, secara terbuka bagi tatapan umum.

Muzium di Imbiah Lookout di Sentosa itu berkata dalam laman Facebook pada Khamis (17 Mac) patung tersebut akan dipamer di halaman muzium itu.

Orang ramai dialu-alu bergambar bersamanya dari 23 hingga 27 Mac, ujar Madame Tussauds. Mereka juga boleh membawa bunga sebagai tanda hormat.

23 Mac ulang tahun pertama kematian mendiang Encik Lee, yang meninggal dunia pada usia 91.

"Encik Lee Kuan Yew dipandang tinggi dan dihormati, di Singapura mahupun luar negara. Kami berharap ini akan menggalak penduduk tempatan dan pelancong mengambil masa untuk mengingati beliau, dan apa yang dicapainya untuk negara," kata Encik Craig Connor, pengurus besar Madame Tussauds Singapore.

"Kami juga akan mempunyai 'Buku Memori' istimewa di mana orang boleh tulis tentang apa yang mereka ingat mengenai Encik Lee dan bagaimana beliau telah memberi inspirasi kepada mereka."

Buku itu akan disimpan di muzium tersebut untuk tatapan umum.

Patung ikonik mendiang Encik dan Cik Lee tersenyum, berganding tangan dan duduk berlatar belakang bunga merah berbentuk dua hati didedah semasa pembukaan muzium itu pada Oktober 2014.

Ia diukir berdasarkan sebuah foto yang diambil anak saudara perempuan mendiang Cik Lee pada Hari Kekasih pada 2008.

Muzium itu juga mempunyai satu lagi patung mendiang Encik Lee yang dibuat pada 1997.

Peluang bergambar:

Tempat: Halaman di luar Madame Tussauds Singapore, Sentosa, Imbiah Lookout

Tarikh: 23 hingga 27 Mac

Masa: 10 pagi hingga 7 malam (Rabu dan Khamis), 10 pagi hingga 9 malam (Jumaat hingga Ahad)

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.