Mahkamah izin budak 10 tahun dijadikan anak angkat dek terus didera ibu

SEORANG wanita yang tidak dapat berhenti mendera anak perempuannya yang berusia 10 tahun kehilangan kanak-kanak itu, yang dibenarkan mahkamah keluarga dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri walaupun dibantah ibunya.

Bapa kanak-kanak itu bersetuju dia jadikan anak angkat pasangan tersebut, yang menjaganya sejak Februari tahun lepas dan pada dua tempoh antara 2008 dan 2011.

Hakim Daerah Regina Ow-Chang berkata dalam alasan bagi keputusan yang dikeluarkan pada Rabu (18 Nov) bahawa "ujiannya bukan apa yang terbaik untuk ibu bapa kandung dan hak mereka membesarkan kanak-kanak itu, tetapi apa yang terbaik bagi kanak-kanak tersebut"

Sambil mengaku mengambil seorang anak daripada ibu kandungnya adalah "keputusan sedih", beliau mendapati dalam kes ini, yang terbaik ialah kanak-kanak itu dijadikan anak angkat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan hubungan ibu dengan anak itu tidak akan berhenti kerana ibu bapa angkatnya telah bersetuju membenarkan ibu bapa kandungnya berjumpa anak mereka.

Cik Ow-Chang berkata kanak-kanak itu mengalami enam tahun yang sukar, dari usia tiga tahun, berpindah antara ibu bapanya dan tiga rumah kebajikan.

Pada September 2008, dia dirujuk kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) oleh pusat perkhidmatan keluarga berikutan dakwaan penderaan fizikal dan emosi.

Dia ditempatkan dengan keluarga angkat, dengan keizinan ibu bapanya.

Pada Januari 2009, kanak-kanak itu pulang ke ibu bapanya, yang telah belajar kaedah keibubapaan positif, tetapi penderaan fizikal didakwa bermula semula, dan CPS terpaksa campur tangan lagi.

Ibu bapa kandung kanak-kanak itu sering bertengkar disebabkan cara si ibu melayannya, membawa kepada beliau mengancam akan bunuh diri bersama-sama dua anak mereka.

Kanak-kanak itu diletak bersama satu lagi keluarga angkat, dan kemudian kembali ke keluarga angkat pertama apabila keluarga angkat kedua tidak dapat terus menjaganya.

Pada Julai 2011, kanak-kanak itu dipindahkan ke keluarga angkat ketiga apabila timbul persoalan apakah ibu bapa angkat pertama akan kekal di Singapura.

Pelindung Anak Angkat yang dilantik untuk menilai kes itu mendapati usaha mengintegrasikan semula kanak-kanak itu dengan ibu bapa kandungnya tidak berhasil kerana dia terus menjadi isu pertengkaran mereka.

"Ibu kandung itu menunjukkan beliau mempunyai tanggapan lemah mengenai apa yang anak itu paling memerlukan dan memasukkan anak-anaknya ke dalam konflik rumah tangganya dengan suaminya," ujar Cik Ow-Chang.

Beliau mendapati kanak-kanak itu mempunyai hubungan baik dengan keluarga angkatnya, dan mereka telah memasukkannya di sebuah sekolah bagus.

Ibu bapa angkat itu diwakili peguam Andrew Hanam, manakala ibu kandung kanak-kanak tersebut membela dirinya sendiri dan meminta diberi peluang kedua.

Dia tidak mahu kanak-kanak itu dijadikan anak angkat oleh orang asing, dan mencadangkan ibu bapa atau saudara lelakinya sebaliknya.

Sebagai alternatif, beliau bersedia membenarkan pasangan itu menjaga kanak-kanak tersebut selagi mereka tidak menjadikannya anak angkat.

Beliau sedang merayu kes itu.

Semua pihak terlibat tidak boleh dinamakan di bawah undang-undang.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.