Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis Bandaran Sengkang bakal naikkan caj perkhidmatan dan penyenggaraan

Oct 03, 2023 | 06:06 PM



Majlis Bandaran Sengkang (SKTC) akan menaikkan bayaran bagi Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) bagi para penduduk dan penyewanya mulai 1 Mac 2025.

Ini akan menjadikan SKTC, kendalian Parti Pekerja (WP), yang terakhir daripada kesemua 17 majlis bandaran di sini yang menaikkan yuran S&CC, lapor The Straits Times.


Isnin lalu, SKTC berkata ia akan menaikkan bayaran S&CC bulanannya antara $1 dengan $14.50 bagi kebanyakan flat HDB dalam masa kurang dua tahun.

Pemilik dan penyewa hartanah lain akan melihat kenaikan dari 2.19 sen hingga 30 sen setiap meter persegi. Bayaran minimum bagi kedai dan hartanah komersial lain akan juga naik sebanyak $10.50.

Kenaikan bayaran S&CC yang dirancang itu dibuat menyusuli tindakan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), yang juga di bawah WP, dan majlis bandaran kendalian PAP yang mengumumkan kenaikan bagi bayaran S&CC dalam dua fasa. Fasa pertama kenaikan itu dilaksanakan pada awal 2023.

Fasa seterusnya akan dilaksanakan pada 2024.

SKTC berkata: “Seperti banyak majlis bandaran lain, SKTC menghadapi tekanan kos besar disebabkan inflasi tinggi, harga tenaga lebih tinggi dan harga tender yang meningkat untuk pelbagai operasi penyenggaraan.

“Walaupun kami terus memastikan operasi majlis bandaran diuruskan dengan cara yang menjimat kos, kenaikan bayaran S&CC diperlukan agar SKTC terus mempunyai dana mencukupi bagi kerja-kerja penyenggaraan dan peningkatan estet pada tahun-tahun mendatang.”

Menyentuh mengenai keputusannya untuk menaikkan bayaran S&CC pada tarikh lebih lewat berbanding majlis bandaran lain, SKTC menjelaskan bahawa tindakan menaikkan bayaran S&CC lebih awal akan menyempitkan penduduk di tengah-tengah tekanan kewangan yang dihadapi seperti harga makanan dan kos pengangkutan serta perumahan yang lebih tinggi, di samping kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada 9 peratus pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >