Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menyambut Delegasi Kongres (Codel) Amerika Syarikat yang diketuai Pengerusi Persidangan Republikan Dewan merangkap ahli Dewan Perwakilan, Cik Elise Stefanik, ke Singapura pada Rabu.
Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), berkata terdapat penghargaan bersama terhadap kekuatan dan kedalaman hubungan dua hala antara Singapura dengan Amerika.
Dalam catatannya di Facebook pada Rabu, Dr Maliki berkata: “Kami berbincang tentang pelbagai isu, termasuk peluang pertumbuhan di rantau ini serta perkembangan geopolitik yang lebih luas.
“Saya berharap lawatan ke Singapura ini membuahkan hasil bagi Codel dan saya berharap mereka selamat dalam perjalanan mereka seterusnya.”