Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura-Qatar perlu teroka bidang kerjasama baru: PM Lee

Aug 25, 2023 | 07:54 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Singapura dan Qatar perlu mencari lebih banyak peluang untuk mempertingkat kerjasama dalam persekitaran sejagat yang dinamik sekarang.

Kededua negara itu juga perlu melengkapkan diri bagi memanfaatkan sektor digital demi memacu pertumbuhan negara, tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa pembukaan mesyuarat kelapan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Singapura-Qatar (HLJC) pada Jumaat di Hotel Shangri-La di sini.

HLJC, yang ditubuhkan pada 2006, merupakan wadah utama bagi melakarkan arah strategi hubungan Singapura-Qatar.

Menurut Encik Lee, pandemik Covid-19 telah mencetus perubahan yang banyak dari segi cara kita berinteraksi dan juga berniaga, namun satu perkara baik yang telah timbul adalah sektor digital yang semakin rancak.

“Ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI) merupakan antara pemacu pertumbuhan banyak negara, termasuk Singapura dan Qatar.

“Kita perlu melengkapkan perniagaan kita dengan baik, dan membina ekosistem digital yang selamat dan menyeluruh bagi memastikan kita dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada trend serta perkembangan ini,” kata Encik Lee.

Beliau menambah Singapura dan Qatar boleh bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk menyumbang kepada usaha menyokong persekitaran sejagat yang telah membantu Singapura dan Qatar untuk maju, belajar daripada pengalaman masing-masing serta meneroka bidang kerjasama baru.

Justeru, tema HLJC tahun ini iaitu “Rakan kongsi dalam kemajuan” memang sesuai, kata Encik Lee, dan mencerminkan hubungan kededua negara itu.

Sebanyak 30 persetujuan telah ditandatangani sejauh ini antara kededua negara dan HLJC telah menjadi wadah utama bagi kerjasama antara Singapura dengan Qatar selama lebih 17 tahun, ujar Encik Lee.

“Singapura ingin memperkukuh kerjasamanya dengan Qatar dan kami rasa Qatar juga ingin mempertingkat hubungan serta kerjasamanya dengan Singapura.

“Justeru, saya berharap perbincangan ini akan mempertingkat bukan sahaja kerjasama bahkan hubungan lebih baik, sedang kita menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik tahun depan,” katanya.

Sebelum ini, Singapura dan Qatar telah memeterai lima memorandum persefahaman (MOU) untuk memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang.

Ini termasuk pembangunan sosial dan keluarga, pendidikan, penyelidikan berkaitan air, digitalisasi serta inovasi perusahaan serta kerjasama komersial, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis.

Pemeteraian MOU tersebut telah disaksikan Encik Lee serta Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, yang mengadakan lawatan tiga hari ke Singapura sejak Rabu.

Turut menghadiri acara itu ialah Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean yang juga pengerusi bersama HLJC; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >