Mantan AP saman bekas pemimpin persatuan suku kerana fitnah

SEORANG peguam kanan yang juga mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Sin Boon Ann, telah menyaman tiga pemimpin lalu sebuah persatuan suku Hainan kerana fitnah.

Encik Sin, 57 tahun, memohon ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada mereka kerana mendakwa, empat kali pada Ogos dan September 2013, bahawa beliau menyalah guna kedudukannya sebagai penasihat Persatuan Suku Hainan Tan agar abangnya, Encik Sin Boon Wah, menjadi presiden badan tersebut.

Persatuan itu, yang mempunyai kira-kira 900 ahli, ialah badan bagi anggota masyarakat Hainan yang mempunyai nama keluarga Tan dalam bahasa Cina.

Walaupun nama keluarga Encik Sin berbeza setelah diinggeriskan, ia berkongsi aksara Cina yang sama.

Menteri Pembangunan Keluarga dan Sosial, Encik Tan Chuan-Jin, dan mantan AP Tan Boon Wan juga menjadi penasihat kehormat persatuan tersebut.

Peristiwa yang membawa kepada saman fitnah itu berlaku menjelang pemilihan persatuan tersebut pada Disember 2013. Tiga defendan itu ialah presiden lalu, Tan Boon Hai, 74 tahun, presiden ketika itu, Tan Han Kwang, 82 tahun; dan naib presiden lalu, Tan Khin Pang, 83 tahun.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa pada hari pertama perbicaraan pada Selasa (12 Jan), Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pada Jun 2013, Encik Sin menjemput tiga orang itu makan tengah hari untuk bercakap mengenai pembaharuan kepimpinan.

Beliau mencadangkan mereka berundur dan membentuk sebuah majlis bagi membimbing kepimpinan lebih muda.

Menurut mereka, Encik Sin turut mencadangkan supaya abangnya dilantik presiden. Encik Sin Boon Wah, 63 tahun, anggota kem yang menentang puak tiga orang itu.

Nasihat Encik Sin ditolak oleh jawatankuasa eksekutif.

Pada Ogos, selepas mendengar khabar angin tentang apa yang diperkata merekat bertiga, Encik Sin bertemu mereka di pejabat Drew & Napier dan memberitahu mereka beliau tidak mengemukakan abangnya sebagai presiden, dan tidak juga mencadangkan pemilihan dimansuhkan.

Pada mesyuarat itu, yang dirakam secara rahsia, Encik Sin berkata kepada mereka bahawa para penasihat akan menarik balik sokongan mereka jika kepimpinan itu tidak membetulkan keadaan persatuan itu.

Selepas itu, defendan dikatakan terus mengatakan bahawa Encik Sin memberitahu mereka pemilihan tidak perlu dan abangnya akan menjadi presiden.

Encik Sin, yang diwakili Peguam Kanan Jimmy Yim, menegaskan mereka bermaksud bahawa beliau menyalah guna kedudukannya dan menasihati mereka supaya melanggar perlembagaan persatuan itu yang memerlukan pemilihan diadakan.

Peguam defendan, Peguam Kanan N. Sreenivasan, berhujah anak guamnya benar-benar percaya Encik Sin berpihak pada abangnya.

Akhirnya, jawatan presiden disandang Encik Tan Kia Kok, daripada kem Encik Sin Boon Wah.

Beliau dilantik semula dalam pemilihan baru-baru ini Disember lalu, selepas kem defendan protest dengan meninggalkan pemilihan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.