Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan guru Madrasah Aljunied meninggal

May 25, 2016 | 05:30 AM



MANTAN guru Madrasah Aljunied, Ustaz Khairuddin Abdul Hamid, yang telah melahirkan ramai asatizah yang disegani di dalam dan luar negeri, meninggal dunia akibat radang paru-paru serta masalah ginjal dan jantung, semalam.



Allahyarham, 87 tahun, menghembuskan nafas terakhir sekitar 9.30 pagi di Hospital Besar Ng Teng Fong dengan anggota keluarga di sisinya.



Ustaz Khairuddin yang telah mencurah bakti selama 40 tahun dari 1959 hingga 1999 sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied antara lain adalah guru Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram dan Presiden Persatuan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.



Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Dr Fatris berkata pendidikan Islam dan bahasa Arab di Singapura banyak terhutang budi kepada kepakaran dan kemahiran Allahyarham.



"Beliau telah mendidik asatizah, khususnya mereka yang telah menuntut di Aljunied, dengan asas bahasa Arab yang beliau tanamkan... sehingga kami dari Aljunied tidak menghadapi kesulitan apabila menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan sebagainya," katanya.



Malah menurut Dr Fatris, beberapa pegawai tinggi agama di rantau ini yang pernah menuntut di Aljunied juga tidak terlepas daripada sentuhan Allahyarham.



Menyifatkan Allahyarham sebagai guru yang tegas namun tetap dihormati dan disayangi anak didiknya, Dr Fatris berkata pemergian Ustaz Khairuddin bererti mereka kehilangan bukan sekadar seorang guru malah seorang 'bapa'.



Atas sumbangan beliau memperjuang bahasa Arab, Ustaz Khairuddin diberi anugerah Jasawan Alumni Madrasah Aljunied Al-Islamiah Singapura (Almas) pada 2008.



Malah menurut Pergas, beliau juga merupakan pemenang pertama anugerah Obor Ummah yang disampaikan badan itu pada 2014.



Anugerah itu mengiktiraf tokoh asatizah Singapura yang telah banyak menyumbang bakti dalam memartabatkan ilmu dan agama buat masyarakat Islam Singapura.



Kadi Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam, Ustaz Muhammad Khair Rahmat, berkata: "Ustaz Khairuddin merupakan simbol kegigihan, ketabahan, kreatif dan juga kebijaksananaan. Cara Ustaz mengajar kami penuh bersahaja dan berkesan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >