Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa depan Tanjong Katong Complex masih jadi tanda tanya

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



`TEMPAT beli belah popular di kalangan masyarakat Melayu, Tanjong Katong Complex (TKC) masih belum mendapat jawapan pasti tentang masa depannya.



Para peniaga di pusat beli belah tersebut masih tertanya akan status kontrak akan diperbaharui selepas Disember 2022.



Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, mengesahkan kepada Berita Minggu (BM) bahawa kontrak sewa bagi penyewa di TKC hanya dapat diperbaharui sehingga akhir Disember 2022.



Ini sesuai dengan perancangan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) melanjutkan tempoh pajakan TKC selama 10 tahun sehingga 2022.



Para penyewa turut melahirkan harapan agar agar pihak berkuasa dapat membuat keputusan mengenai kedudukan pusat beli-belah itu.



Malah ramai penyewa memohon agar ia dilanjutkan selepas 2022 seperti kata Cik Raudah Md Kassim, pengurus butik Khadijah.



Di kalangan pembeli dan pelawat di situ seperti suri rumah, Cik Mariam Mustafa, 44 thun, berkata:



"Kita sudah terlalu biasa dengan kehadiran TKC ini. Semua ada di situ. Kita tidak boleh mengharapkan Joo Chiat Complex semata-mata untuk membeli belah, kita perlukan TKC sebagai tempat yang memang dikenali di kalangan masyarakat kita.''



Pusat beli-belah itu juga kerap menghias bangunan dan menerapkan perkara-perkara lain bagi menarik pelanggan terutama di bulan Ramadan.



Ini untuk mewujudkan suasana berbelanja yang lebih menarik dan menawarkan pengalaman unik bagi para pengunjung.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >