MAYAT seorang anggota perkhidmatan negara (NS) telah ditemui terapung di kolam sebuah kuari di bahagian utara Pulau Ubin dan dibawa ke darat pada Ahad.
Anggota bomba yang tidak bertugas itu - seorang anggota NS sepenuh masa berusia 22 tahun di Balai Bomba Tampines - telah dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Polis menyatakan pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan pada 12.33 pagi pada Sabtu.
Kira-kira 1 tengah hari pada Ahad, satu mayat dilihat terapung di kawasan air Kuari Kekek, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
SCDF menyatakan pasukan penyelamatnya yang menjalankan pencarian di kuari itu telah membawa mayat itu ke darat, dengan anggota paramedik kemudian mengesahkan mangsa itu telah meninggal dunia.
Berdasarkan siasatan awal, polis berkata pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.
Pada Sabtu, seorang penduduk Pulau Ubin, yang hanya dikenali sebagai Encik Wang, 65 tahun, memberitahu akhbar harian Cina Lianhe Zaobao bahawa beliau melihat seorang teman kepada lelaki yang hilang itu meminta bantuan pada kira-kira 7 malam pada Jumaat di sekitar kawasan kuari.
Kehilangan gigi boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, kesukaran menikmati hidangan dan juga kelancaran pertuturan, malah memberi kesan kepada struktur muka seseorang.
Kepada individu yang kesemua
Kisah cinta Rizky Febian dan Mahalini dilestarikan dalam lagu, Bermuara, sempena pernikahan mereka baru-baru ini.
Biarpun bukan kali pertama kedua-dua insan bercinta ini berkolaborasi, namun rasanya
ILLYDEA ISHAK
Bagai sirih pulang ke gagang.
Begitulah reaksi penulis apabila pertama kali mendengarkan lagu, Dari Jauh, sajian terkini Alyph, sekali gus menandakan kembalinya penyanyi itu kepada irama
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho

Encik Wang berkata lelaki yang hilang itu mungkin pergi berenang di kolam kuari dan tidak membawa telefon bimbitnya, menurut keluarga dan rakan lelaki itu.
Menurut Encik Wang, hujan turun di pulau itu dari 5 petang hingga 7 malam pada Jumaat dan terdapat ular sawa dan buaya di dalam kolam itu, yang boleh mencecah kedalaman 40 meter.
Anggota SCDF kemudian melakukan pencarian visual dari kawasan darat, manakala penyelamat daripada Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) menggunakan kenderaan kendalian jauh (ROV) di dalam air.
Kenderaan ROV menggunakan peralatan pengimejan sonar untuk memetakan rupa bumi dalam air dan mengurangkan masa pencarian dan risiko kepada penyelam, disebabkan jarak penglihatan bawah air yang lemah.