Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minggu Seni S'pura serlahkan karya pelbagai genre

SAW, yang dibuka hari ini, tampilkan hasil kerja lebih 700 artis, kurator setempat dan seluruh dunia, dengan lebih 130 program, pameran
Jan 06, 2023 | 05:30 AM



DARIPADA karya seni yang dibuat menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan perabot kitar semula kepada persembahan yang mengasyikkan dan karya lampu neon, karya seni daripada pelbagai genre akan menyerlahkan Minggu Seni Singapura (SAW) 2023, yang dibuka hari ini.



SAW akan menampilkan karya daripada lebih 700 artis dan kurator dari Singapura dan seluruh dunia, dengan lebih daripada 130 program dan pameran.



Cabutan terbesar dijangka menjadi dua pameran seni dengan lebih daripada 180 galeri seni mengambil bahagian, lapor The Straits Times.



Art SG yang julung-julung kali diadakan menyasar sebanyak 40,000 pengunjung ke pamerannya itu.



Pengarah acara tersebut, Cik Shuyin Yang, berkata:



"Kami telah berusaha secara aktif untuk mendekati pengunjung dari luar negara, terutamanya di Asia Tenggara, dan telah mengembara secara meluas ke seluruh rantau ini untuk menganjurkan acara pengumpul dan akhbar untuk meningkatkan kesedaran tentang Art SG."



Pameran seni S.E.A. Fokus akan menampilkan lebih daripada 50 artis dari 25 galeri serantau dan antarabangsa.



Pengarah projek S.E.A. Fokus dan pengarah eksekutif STPI - Bengkel & Galeri Kreatif Cik Emi Eu berkata:



"Kami bekerjasama dengan Art SG untuk menawarkan pengalaman yang lebih holistik kepada masyarakat seni di Singapura serta pelanggan dan pengumpul di seluruh dunia."



Buat pertama kali juga, satu kerjasama telah terjalin antara SAW 2023 dan Persatuan Rakyat untuk melibatkan masyarakat di serata pulau.



Kerjasama demikian telah menerima maklum balas yang positif.



Cik Tan Swee Leng, pengarah bahagian seni dan budaya Persatuan Rakyat, berkata:



"Kami mendapat maklum balas daripada penduduk bahawa mereka menggemari bengkel ini kerana ia mendedahkan mereka kepada bentuk seni baru dan mendapat peluang mencipta bersama dengan jiran mereka."



Berita Harian ingin mengetengahkan beberapa program yang mesti disertai pada ekstravaganza seni ini, yang kembali diadakan sepenuhnya selepas dua tahun.



Art SG



Pameran seni terbesar di Asia Tenggara, dengan lebih 160 galeri seni, akan mengambil alih lebih 30,000 meter persegi Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands.



Art SG akan menampilkan karya daripada tokoh dunia seni, termasuk Georg Baselitz, Louise Bourgeois, Tracey Emin dan Futura.



Galeri antarabangsa Lehmann Maupin akan mempersembahkan karya daripada tiga artis wanita iaitu, Mandy El-Sayegh, Tammy Nguyen dan Lee Bul di mana karya mereka mencerminkan budaya Asia.



Pengasas Art SG dan rakan kongsi utama UBS serta penganjur The Art Assembly juga akan membentangkan program seni awam pemasangan khusus tapak, sektor filem yang dipilih susun, serta ceramah.



Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan program yang diadakan, layari ke laman artsg.com



SAW x PAssionArts



Minggu Seni Singapura (SAW) 2023 bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) akan mempersembahkan buat pertama kali platform SAW x PAssionArts untuk para artis dan masyarakat.



Di Kelab Masyarakat Yew Tee (CC), 'Forgotten Fragments' ialah sebuah program interaktif yang menjemput penonton memasang semula arca susun suai tiga dimensi tempat-tempat yang sudah luput di Singapura.



'Insect Inventorium', pameran serangga yang didokumentasikan dan dibayangkan oleh masyarakat, akan diadakan di Taman Bukit Gombak.



Di Radin Mas CC pula, projek seni masyarakat antara generasi bernama 'Kuti Kuti?' membayangkan semula permainan sekolah yang lama, sebagai taman permainan arca lembut bersaiz sebenar yang interaktif melalui penciptaan bersama.



Program 'If Life Gives You Slime' adalah hasil daripada 30 keluarga menggunakan sejenis lendir atau slime untuk mencipta pemandangan aneh berdasarkan mimpi, di taman masyarakat di Bedok South.



Untuk maklumat lanjut, layari artweek.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >