Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MND minta AHTC jelas peranan Sylvia Lim, Pritam dalam proses pembayaran, pemerolehan

Aug 22, 2023 | 07:32 PM



Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkata ia mungkin mempertimbangkan tindakan kawal selia ke atas Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) yang dikendalikan Parti Pekerja (WP).

Ini setelah mahkamah mendapati pada Julai bahawa ketua WP, Encik Pritam Singh, pengerusinya, Cik Sylvia Lim dan bekas ketua, Encik Low Thia Khiang, tidak bertindak dengan jujur dalam melaksanakan tugas mereka sebagai anggota majlis bandaran.

Kementerian itu menambah dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa ia telah bertanya kepada AHTC mengenai langkah seterusnya, berdasarkan penemuan itu.

Secara khusus, MND ingin mengetahui tentang tugas dan kuasa Cik Lim dan Encik Pritam terhadap proses pembayaran dan pemerolehan, dan apakah tindakan yang AHTC ingin ambil berhubung dengan dua pemimpin WP itu, jika ada.

Dalam kenyataannya, MND berkata ia telah membatalkan arahan pembetulan yang diberikan kepada AHTC pada Januari 2020, yang memerlukan majlis bandaran tersebut menyekat kuasa Cik Lim dan Encik Low dalam urusan kewangan.

Arahan pembetulan itu memerlukan AHTC mengambil tindakan untuk melindungi perkara-perkara yang tidak kena dalam urusan kewangan AHTC daripada berulang.

Kenyataan MND pada Selasa, 22 Ogos, adalah perkembangan terkini dalam saga berpanjangan berhubung kecuaian pengendalian dana $33.7 juta AHTC.

MND menarik perhatian bahawa Mahkamah Rayuan telah mendapati Cik Lim, Encik Low, Encik Pritam, serta ahli majlis AHTC ketika itu, Encik Chua Zhi Hon dan Encik Kenneth Foo, dan mantan pengarah ejen pengurusan majlis bandaran, Cik How Weng Fan dan mendiang suaminya, Encik Danny Loh, tidak bertindak secara jujur semasa menjalankan tugas dan mengendalikan proses pembayaran AHTC.

“Ini adalah dapatan serius,” tegas MND sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan “juga mendapati mereka sangat cuai”.

Mereka membenarkan ejen pengurusan FM Solutions & Services Pte Ltd, penyedia khidmat yang dibayar untuk membantu mengendalikan operasi harian di bandar tersebut, membayar diri sendiri dan pihak lain tanpa kawalan yang betul, dan pembayaran boleh dibuat meskipun kerja tidak dijalankan atau tidak dibuat dengan betul, menurut MND.

Cik Lim juga didapati bertanggungjawab memberi kontrak kepada Red-Power Electrical Engineering pada kadar empat hingga tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh pembekal sedia ada ketika itu, iaitu Digo Corporation dan Terminal 9.

Menurut MND, Cik Lim dan Encik Pritam kekal sebagai ahli majlis AHTC, dengan Cik Lim berada dalam jawatankuasa audit dan estet serta jawatankuasa perhubungan masyarakat.

Encik Pritam mempengerusikan jawatankuasa perhubungan awam dan juga anggota jawatankuasa tender dan kontrak serta jawatankuasa perhubungan estet dan masyarakat.

Selain itu, MND mahu mengetahui tentang tindakan-tindakan lain yang mahu diambil AHTC berkait kedua-dua pemimpin WP itu, menyusuli dapatan Mahkamah Rayuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >