Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH akan kembang keupayaan pantau peringkat global

Apr 11, 2023 | 08:05 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan terus membuat kemajuan terhadap Program bagi Penyelidikan dalam Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Epidemik, atau ‘Prepare’, dengan membangunkan kemampuannya memantau di peringkat sejagat agar Singapura lebih memahami patogen (agen yang menyebabkan penyakit) baru dan berbahaya.



Demikian ujar Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam adendum (kenyataan tambahan) beliau kepada ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada 10 April. 



Beliau berkata Kementerian Kesihatan (MOH) akan melaksana strategi vaksinnya dalam usaha memperolehi bekalan awal vaksin berkesan apabila tercetus satu lagi pandemik.



“Krisis Covid-19 telah memberi kita perspektif baru tentang perancangan persiapan pandemik dan kepupayaan kesihatan awam kami. Tambahan lagi penduduk sekarang semakin menua dengan pantas.



“Kemajuan perubatan bukan membuka kemungkinan baru sahaja, malah cabaran dan dilema utama. Sistem penjagaan kesihatan Singapura sekarang dalam fasa penting perjalanan transformasinya,” ujar Encik Ong.



MOH juga akan menyemak semula Akta Penyakit Berjangkit (IDA) bagi menangani situasi kesihatan awam lebih luas, dan menguruskan komunikasi krisis dengan lebih baik, katanya. 



Ucapan Puan Halimah merupakan Ucapan Presiden beliau yang ketiga, dan jika beliau tidak bertanding atau tidak terpilih bagi penggal kedua dalam pilihan raya presiden tahun ini, ia akan menjadi Ucapan Presiden terakhir beliau.



Parlimen ke-14 ditangguhkan pada 24 Mac dan bercuti dua minggu – dikenali sebagai prorog dan menandakan titik pertengahan penggal pemerintah.

Persidangan Kedua Parlimen ke-14 dibuka pada 8.30 malam pada 10 April 2023.



Dalam adendumnya, Encik Ong berkata MOH akan memperkukuh keupayaan dan strukturnya dengan menubuhkan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) bagi memantau persediaan, pencegahan dan kawalan, pemantauan, penilaian risiko serta respons penularan penyakit. 



Kementerian itu juga akan membentuk sebuah Kumpulan Strategi dan Operasi Krisis bagi mengekalkan persediaan lonjakan penularan bersaiz sederhana dan kecemasan kesihatan lain, serta mempersiapkan institusi penjagaan kesihatan agar bersedia menghadapi krisis.



Encik Ong menekankan bahawa MOH akan terus melabur dalam prasarana penjagaan kesihatan dan meluaskan kapasiti penjagaan mereka.

Ini termasuk Kampus Kesihatan Woodlands (WHC), Hab Penjagaan Bersepadu



Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Kampus Kesihatan Bersepadu Timur, dan pembangunan semula Hospital Alexandra (AH).



Dalam beberapa tahun mendatang, MOH akan menambah 1,900 (sekitar 20 peratus) lagi katil hospital awam, daripada 11,000 katil pada masa ini.



“Kami juga akan meluaskan kapasiti rumah rawatan kita daripada 16,000 katil pada 2020 kepada lebih 31,000 katil pada 2030,” tambah Encik Ong.

Selain itu, MOH akan terus membangunkan tenaga kerja penjagaan kesihatannya.



Ini meliputi penambahan tenaga manusia kejururawatan dan penjagaan sokongan sebanyak 40 peratus, daripada 49,000 pada masa ini kepada 69,000 kakitangan menjelang 2030.



“Ini akan dilakukan dengan mengukuhkan saluran tempatan menerusi latihan prapekerjaan dan peralihan kerjaya pertengahan, dan melengkapi pekerja penjagaan kesihatan teras kita dengan pekerja penjagaan kesihatan migran.

“Dengan peluang latihan dan prospek kerjaya yang baik, Singapura akan kekal berdaya saing dalam menarik tenaga kerja penjagaan kesihatan migran,” tambahnya.



Mengenai inisiatif SG Lebih Sihat, atau Healthier SG, Encik Ong berkata MOH akan menerajui sumber dan rakan masyarakat untuk menganjurkan kegiatan fizikal dalam masyarakat serta mendekati penduduk dan menggalak mereka mendaftarkan diri.



“Dengan penekanan terhadap penjagaan pencegahan, SG Lebih Sihat membawa penjagaan kesihatan keluar dari hospital dan klinik, ke masyarakat,” kata Encik Ong.



Inisiatif SG Lebih Sihat, yang dilancarkan pada 2022, memadankan seorang penduduk dengan seorang doktor keluarga yang biasa dengan keadaan pesakit itu dan menyediakan pemantauan kesihatan kerap bagi tempoh panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >