Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH minta maaf di atas kelewatan, selang masa proses kuarantin Covid-19

Aug 02, 2021 | 11:44 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah meminta maaf di atas kelewatan membawa individu di bawah perintah kuarantin ke kemudahan kuarantin pemerintah.



Sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, MOH pada Isnin (2 Ogos) berkata bilangan individu di bawah kuarantin telah "bertambah berlipat kali ganda" dengan kewujudan kelompok jangkitan Covid-19 yang berkait dengan kelab KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong serta kelompok lebih kecil lagi. 



Tambahan kes ini membawa pada kelewatan membawa individu yang terbabit ke kemudahan yang sewajarnya di samping wujud  "jurang komunikasi" bagi sesetengahnya yang di bawah kuarantin, kata MOH.



"Kami meminta maaf kepada individu ini dan keluarga mereka kerana kelewatan dan selang masa yang berlaku.



"Kakitangan operasi kami gigih bekerja keras. Kementerian Kesihatan sejak itu telah mempertingkat operasi kuarantin kami untuk menangani tampungan yang bertambah," tambahnya.



MOH bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai peningkatan dalam operasi ini.



Ia menambah kebanyakan daripada tunggakan ini telah dibereskan hujung minggu lalu dan situasinya harus menampakkan peningkatan.



Sekatan lebih ketat di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang telah berkuatkuasa sejak 22 Julai telah membawa pada kemerosotan jumlah kontak bagi setiap individu yang dijangkiti, jelas MOH.



Lebih ramai orang kini sudah menjalani vaksinasi penuh, bererti lebih ramai boleh menjalani kuarantin di rumah jika kediaman mereka itu sesuai. Ini juga akan mengurangkan perlunya orang ramai dibawa ke kemudahan kuarantin, tambah MOH.



Mereka yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah juga boleh memilih untuk dibawa ke kemudahan khusus jika mereka mahu berbuat demikian.



Sehingga 1 Ogos, terdapat sekitar 10,000 orang yang dikuarantin di rumah.



Kenyataan MOH ini dikeluarkan selepas pembaca The Straits Times dan warganet mengadu tentang tempoh menunggu yang panjang dan komunikasi yang tidak jelas.



Seorang pembaca menjelaskan ibunya diberi perintah kuarantin pada 20 Julai dan sudah beberapa kali ditunda tempoh gilirannya dalam proses dibawa ke kemudahan khusus.



Ibunya kemudian diberitahu beliau boleh menjalani kuarantin di rumah.



Pembaca itu menambah perintah kuarantin ibunya sepatutnya tamat tempohnya pada 31 Julai tetapi beliau terus duduk di rumah kerana beliau tidak diberi hasil keputusan ujian swabnya.



MOH dan Certis yang mengeluarkan perintah kuarantin itu tidak memberi respons pada panggilan yang dibuat, tambah pembaca itu lagi,



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >