PEMERINTAH akan mengumumkan butiran lanjut tentang usaha memperhalus rangka kerja Pas Pekerjaan apabila tiba masanya, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerusi satu kenyataan semalam.
MOM berkata demikian sebagai respons kepada saranan yang dibentangkan pasukan bertindak Karyawan, Pengurus dan Eksekutif (PME) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC)-Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) untuk menyokong golongan PME dengan lebih baik.
Menurut MOM, mereka sedang meneroka langkah memperhalus rangka kerja Pas Pekerjaan untuk mencapai matlamat membina teras Singapura yang kukuh, dengan dilengkapi tenaga kerja asing yang berbilang dan mereka akan mempertimbang saranan pasukan bertindak itu.
Tambahnya, mereka kerap menyemak dasar pas pekerjaan asing untuk memastikan bahawa karyawan asing melengkapi tenaga kerja PME setempat, selain membantu perusahaan menghasilkan pekerjaan yang baik bagi warga Singapura.
MOM berkata mereka juga akan mempertimbang saranan lain yang dibentangkan pasukan bertindak itu dalam semakan berterusan berhubung dasar tenaga manusia, rangka kerja keadilan di tempat kerja serta daya usaha sokongan pekerjaan.
"Pemerintah akan terus bekerja rapat dengan rakan kerja perikatan tiga pihak untuk menyokong PME di Singapura, sejajar dengan keutamaannya memastikan kesejahteraan dan mata pencarian semua pekerja," ujarnya.
Julai lalu, rakan kerja perikatan tiga pihak telah membentuk Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Keadilan di Tempat Kerja (TCWF) untuk menyemak rangka kerja bagi keadilan di tempat kerja di Singapura.
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyifatkan kecerdasan buatan (AI) bukan hanya melibatkan ChatGPT atau Model Bahasa Besar, bahkan sebagai teknologi utama masa depan –
Ramai wanita hamil dilapor mengalami gingivitis – sejenis keradangan gusi.
Gejalanya termasuk bengkak, pendarahan, kemerahan, atau kelembutan pada tisu gusi.
Ini mungkin disebabkan oleh perubahan
Dalam satu ‘reunion’ atau pertemuan semua dengan kawan-kawan sekolah lama baru-baru ini, soal perkahwinan masing-masing antara hangat diperkatakan.
Ada yang mengadu menahan rasa ‘sebal’ kerana perlu
Keadaan biologi kita berubah seiring pertambahan usia. Ia menyebabkan warga emas mempunyai alasan berbeza untuk kekal cergas berbanding generasi muda.
Ketika seluruh negara bergerak ke arah gaya hidup
Dengan barisan pelakon handalan dan ‘nama besar’ dalam industri hiburan Malaysia seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Remy Ishak menjadi sebahagian daripada filem, The Experts, tidak
Jangan buang tabiat... dah tua-tua, tak payah nak romantis macam orang muda – mungkin ini antara dialog yang pernah kita dengar dalam kalangan pasangan yang sudah bergelar datuk dan nenek.
Ahli Daftar
Cuba bayangkan alunan dan lirik lagu, ‘Kita Bikin Romantis’ nyanyian kumpulan dari Indonesia, Maliq & D’Essentials, ketika membaca tulisan di bawah ini.
Ini kerana laporan kali ini menyingkap kisah
Apa yang disangka sebagai satu kesilapan, kini menjadi satu pengalaman yang penuh bermakna.
Apabila terlepas tarikh pendaftaran awal untuk program Ijazah Sarjana Muda Media Fesyen dan Perusahaan, Cik
Perubahan iklim dan kemampanan alam kian menjadi pemacu perilaku pilihan golongan Generasi Z dan milenial di tempat kerja dan sebagai pengguna.
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh firma khidmat
Ayahnya mula mencetuskan minatnya yang mendalam terhadap sukan sejak kecil.
Didedahkan kepada pelbagai jenis sukan, setiap sukan yang Nur Aziman Rostam cuba membuka pintu baru kepada dunia yang berbeza

TCWF telah membuat penilaian bahawa undang-undang diperlukan sebagai langkah seterusnya.
"Mereka akan mengkaji saranan oleh pasukan bertindak PME ini sedang mereka menghasilkan rangka kerja perundangan yang seimbang dan demi kebaikan Singapura serta warga Singapura," ujar MOM.
Tambahnya, mereka juga akan mempertimbang saranan pasukan bertindak itu dalam semakannya terhadap langkah sokongan bagi pekerja setempat.