Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas di Port Dickson ragut budak 4 tahun, warga S’pura ditahan

Sep 09, 2023 | 08:40 PM



PORT DICKSON: Seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun ditahan di Port Dickson pada Khamis selepas beliau didakwa melanggar motosikal dan menyebabkan kematian seorang budak lelaki berusia empat tahun.


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan pada Jumaat malam bahawa mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama bapanya apabila kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1.30 petang, di tanda 16 kilometer antara Jalan Sua Betong dengan Air Kuning.


Warga Singapura itu, yang memandu kereta Mercedes berwarna kuning, telah memintas kenderaan lain apabila ia melanggar bahagian kanan motosikal yang dinaiki budak tadika itu dan bapanya yang berusia 26 tahun.

Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazrein disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson ketika menerima rawatan. Bapanya yang bekerja sebagai juruteknik patah bahu kanan dan kaki kanan.

Pemandu warga Singapura itu, yang tidak dinamakan, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, dipetik sebagai berkata bahawa ujian air kencing dan ujian alat pernafasan menunjukkan tiada dadah atau alkohol dalam sistem badan pemandu itu.

Rakaman yang dikongsi di laman Facebook Inforoadblock menunjukkan kerosakan pada bahagian kiri bampar belakang kereta itu, yang mempunyai plat lesen berdaftar Singapura.

Pemandu itu kini ditahan reman, yang akan berakhir pada Ahad.

Encik Aidi menambah bahawa siasatan akan dijalankan berhubung dengan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia.

Jika sabit kesalahan, pemandu itu boleh dikenakan penjara sekurang-kurangnya dua hingga maksimum 10 tahun, serta denda sekurang-kurangnya RM5,000 (S$1,459), hingga maksimum RM20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >