Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA rancang pertingkat usaha hapuskan tikus, yang kian bertambah

Feb 24, 2016 | 03:40 PM



KIRA-KIRA 6,700 aduan mengenai tikus telah diterima oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) tahun lepas, bertambah daripada kira-kira 4,000 pada 2014.


Bilangan pemeriksaan tempat makan juga meningkat, daripada sekitar 140,000 pada 2014 kepada kira-kira 148,000 tahun lepas, manakala tindakan penguatkuasaan diambil terhadap lebih 190 pemilik, bertambah daripada 80.


NEA, yang mendedahkan angka itu minggu ini, merancang meningkatkan usaha menghapuskan lubang tikus yang dikesan, termasuk yang di bawah tanggungjawab agensi lain, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (24 Feb).


Langkah-langkah lain juga sedang dipertimbang, walaupun tiada maklumat diberi.


Orang ramai semakin bimbang tentang masalah tikus sejak serangan tikus berhampiran stesen MRT Bukit Batok pada Disember 2014 dan penemuan tikus mati dalam hidangan sayur-sayuran di sebuah restoran Cina di Marina Square hanya lebih setahun lalu.


NEA berkata kira-kira 85 peratus lubang tikus ditemui di estet perumahan dan selebihnya di kawasan seperti tanah privet, bangunan dan kedai makanan.


Agensi itu berkata ia menyediakan nasihat dan sokongan kepada majlis bandaran mengenai langkah kawalan tikus.


Sebagai sebahagian program Serang Tikus disemak semula, NEA memberi pembiayaan bagi majlis bandaran di mana tumpuan telah beralih daripada menghapuskan lubang tikus kepada pemusnahan tikus di pusat dan pelongsor sampah, yang menyediakan sumber makanan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >