Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTU anjur pameran seni Islam antarabangsa

Sep 29, 2015 | 07:30 PM



LEBIH 20 karya seni Islam bakal mewarnai sebuah pameran antarabangsa di bangunan Perpustakaan Negara mulai 9 Oktober ini.


Memaparkan warisan dan tradisi Islam sejak kurun ke-18, pameran "Jameel Prize 3" itu berlangsung selama dua bulan.


Ia anjuran Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


Karya-karya seni itu hasil ciptaan 10 seniman dan pereka seni antarabangsa dan diadakan di sini buat pertama kalinya di Asia, kata NTU.


Selain mengisahkan pelbagai warisan Islam, ia juga akan membawa pengunjung melihat wajah kontemporari Islam menerusi seni.


Karya-karya yang dipamerkan pula dalam pelbagai bentuk, antara lain termasuk seni khat, permaidani dan fesyen pakaian.


Filem-filem pendek juga akan ditayangkan memaparkan pelbagai bentuk seni Islam moden.


Menurut NTU, karya-karya seni itu merupakan pemenang pertandingan seni antarabangsa Jameel Prize anjuran Muzium Victoria and Albert di London.


Muzium tersebut merupakan muzium terbesar dunia dalam bidang seni perhiasan dan rekaan, dan mempunyai lebih 4.5 juta objek koleksi tetap merentangi sejarah 5,000 tahun.


Karya-karya tersebut diadili panel hakim bertaraf dunia, termasuk Dame Zaha Hadid, penerima Anugerah Seni Bina Pritzker dan pereka seni bina terkemuka Thomas Heatherwick.


Hadiah "Jameel Prize" merupakan hadiah antarabangsa bagi seniman-seniman kontemporari dalam bidang seni, pertukangan dan rekaan.


Bernilai 25,000 pound sterling British ($54,172), hadiah tersebut diasaskan dengan kerjasama "Art Jameel".


Hadiah pertama dimenangi oleh Dice Kayek bagi karya Istanbul Contrast - sebuah koleksi pakaian yang memaparkan warisan seni dan seni bina Istanbul.


Senarai seniman dan pereka lain adalah - Faig Ahmed, Nasser Al Salem, Nada Debs, Mounir Fatmi, Rahul Jain, Waqas Khan, Laurent Mareschal, Florie Salnot dan Pascal Zoghbi.


Pameran "Jameel Prize 3" dipersembahkan oleh Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media (ADM) NTU.


Ia ditaja S.M. Jaleel Foundation dan dianjurkan bersama oleh Muzium Victoria and Albert, London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >