Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAPAT HARI PEKERJA

NTUC perlu pergiat usaha bantu PME, belia: Chee Meng

May 02, 2023 | 05:30 AM



MELEBIHI usaha yang dijalankan sekarang, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) harus pergiat usaha membantu kumpulan pekerja yang kurang mendapat perhatian, termasuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) serta belia.



Ini dapat dilakukan dengan menambah kepada usaha meningkatkan gaji dan kebajikan setiap pekerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Encik Ng akur bahawa golongan PME dan belia merupakan dua segmen pekerja yang kurang diberi perhatian oleh pergerakan pekerja, meskipun mereka mempergiat usaha untuk memperjuangkan nasib pekerja rentan dan membantu pekerja menanggung kos sara hidup.



Berucap kepada sekitar 1,400 pemimpin pergerakan pekerja, pekerja dan rakan kongsi tiga pihak di Rapat Hari Pekerja NTUC 2023 yang diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec, Encik Ng berkata NTUC akan menyokong usaha bagi memberi pentauliahan kepada sekitar 12,000 kakitangan sumber manusia untuk mematuhi amalan pekerjaan yang adil.



Perkara itu adalah sebahagian usaha merapat jurang bagi golongan PME, kata Encik Ng lagi.



"Dalam ruang PME, kami telah bergerak secara tegas dengan cadangan utama untuk menyamakan kedudukan dan menambah baik amalan sumber manusia.



"NTUC akan terus sedia mendengar keprihatinan segmen PME ini, dan memperjuangkan minat dan kebimbangan mereka," tambah beliau.



Bagaimanapun, Encik Ng menambah NTUC akur bahawa lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk membantu dan menyokong golongan anak muda dengan lebih baik.



Beliau berkata kesatuan sekerja telah melibatkan lebih 10,000 belia selepas melancarkan Pasukan Petugas Belia tahun lalu untuk lebih memahami kehidupan, aspirasi, terutama dalam bidang kerjaya, kewangan dan kesejahteraan mental, dan cara lebih baik memenuhi keperluan mereka dan menyokong mereka dalam kerjaya mereka.



Maklum balas daripada belia ini tentang keinginan mereka untuk latihan amali dan bimbingan yang bermutu juga telah mendorong NTUC untuk membangunkan Makmal Permulaan Kerjaya atau 'Career Starter Lab' dengan para majikan, tambah Encik Ng.



Ini merupakan sebuah usaha rintis bagi membolehkan golongan muda mencuba pekerjaan selepas tamat sekolah dan Perkhidmatan Negara (NS), di samping membantu majikan menarik dan mengekalkan bakat muda.



Usaha rintis ini telah diumumkan pada 28 April dan dijadual dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.



"Sebagai permulaan, NTUC dengan kerjasama Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) akan merintis Makmal Permulaan Kerjaya, yang terdiri daripada 100 syarikat untuk menyediakan ujian kerjaya bermutu tinggi dan berstruktur dengan bimbingan kepada belia selepas tamat Institut Pengajian Tinggi (IHL), termasuk mereka yang menamatkan NS, dan berusaha untuk memasuki tenaga kerja," kata Encik Ng lagi.



Selain mempergiat usaha membantu golongan PME dan belia, pergerakan pekerja juga akan meningkatkan jumlah Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dan memupuk budaya inovasi dalam NTUC agar pergerakan pekerja itu dapat melakukan yang lebih baik untuk pekerja dalam dunia yang semakin pesat berubah.



Memberi perincian mengenai usaha menubuhkan CTC, Encik Ng berkata NTUC telah melakukan kerja penting untuk meningkatkan kebajikan pekerja.



Encik Ng menambah, terdapat keperluan untuk meningkatkan lagi inisiatif utama, seperti Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) NTUC, yang beliau akui telah "memberi kesan yang nyata".



Sehingga hari ini, NTUC telah menubuhkan 1,301 CTC bersama rakan kongsi syarikat dan sedang berusaha untuk menggandakan jumlah tersebut kepada 2,500 menjelang 2025 bagi melaksanakan transformasi tenaga kerja.



Bagi memastikan kesatuan sekerja itu dapat mengikuti arus perkembangan keperluan dan aspirasi pekerja dalam dunia yang pesat berubah, Encik Ng berkata NTUC mesti membina budaya inovatif, membangunkan strategi perniagaan dan melaksanakan usahanya dengan tegas.



Beliau menambah budaya inovatif ini penting untuk memastikan NTUC tangkas menyesuaikan diri dan kekal relevan untuk memenuhi keperluan pekerja di setiap aspek pekerjaan.



Satu bidang yang NTUC telah berinovasi adalah menerusi model keahliannya di mana mereka telah memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan pengalaman ahli mereka yang mengunjungi laman web NTUC yang baru, serta aplikasi myNTUC.



Perubahan itu telah menunjukkan hasilnya yang menyaksikan keahlian NTUC meningkat daripada 980,000 pada 2019 kepada 1.12 juta pada masa ini, kata Encik Ng, yang juga berkata matlamat mencapai 1.5 juta ahli kini "tidak begitu jauh".



"Kita mesti menghayati budaya inovasi di mana kita berani mencuba dan kadangkala akan juga gagal. Jika kita gagal, kita gagal dengan cepat, dan belajar dengan cepat. Kemudian kita cuba lagi, dan teruskan ke arah kejayaan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >