Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP mesti terus pegang teguh kepada integriti dan tolak rasuah

Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Setiap generasi pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) mesti berpegang teguh kepada asas integriti dan menolak rasuah.

Nilai itu merupakan asas di mana pemimpin Singapura boleh menjalankan tugas dengan memerintah secara bersih dan berkesan, serta memberikan hasil kepada rakyat Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio Drive, beliau mengingatkan rakyat Singapura tentang komitmen yang tidak berbelah bahagi mantan Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, terhadap rasuah dan untuk menegakkan integriti.

“Encik Lee Kuan Yew menganggap ini sebagai cita-cita yang paling penting. Pada hari lahirnya yang ke-90, beliau datang ke Parlimen untuk menghadiri sidang tersebut.

“Lemah dan sakit, Encik Lee hanya mengungkapkan beberapa perkataan. Beliau bercakap hanya tentang satu perkara.

“Beliau mengingatkan kita, Singapura mesti sentiasa bersih dan tidak tercemar, dan menteri serta Anggota Parlimen (AP) perlu menunjukkan contoh. Jika tidak, beliau berkata kita sudah tiada harapan,” kata Encik Lee.

Baru-baru ini, PAP berdepan beberapa kejadian yang memalukan, termasuk penahanan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sebagai sebahagian daripada siasatan antirasuah.

Mantan Speaker, Encik Tan Chuan-Jin, dan mantan AP PAP bagi GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, masing-masing meletak jawatan ekoran hubungan sulit.

Encik Tan juga didapati telah mengeluarkan kata-kata kesat pada mikrofon semasa sidang Parlimen pada April.

Meskipun demikian, Encik Lee mengulangi komitmen pemerintah untuk terus menegakkan nilai integriti dan menolak rasuah.

“Tidak kira harganya; tidak kira kesan malunya atau kesan politik – saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan sistem yang bersih. Setiap generasi pemimpin PAP mesti berpegang teguh kepada perkara ini,” kata Encik Lee.

Beliau menambah bahawa cita-cita itu bukan sekadar aspirasi abstrak, tetapi berfungsi sebagai kompas bagi PAP dan telah membantu pemerintah membangun masyarakat dengan tahap amanah yang tinggi selama beberapa dekad.

“Ia membimbing setiap keputusan yang kita buat, memberi tujuan dan makna kepada pembangunan negara kita dan membolehkan Singapura berdiri teguh dalam kalangan negara lain di dunia,” ujar Encik Lee.

Semasa ucapannya, Encik Lee turut mengulangi komitmen mendiang Encik Lee Kuan Yew dalam menyediakan perumahan awam yang dimampui rakyat Singapura.

“Encik Lee yakin bahawa perumahan akan memberi rakyat Singapura kepentingan dalam masa depan negara kita. Ia juga memberi setiap warga Singapura aset dan alasan untuk berjuang demi negara kita dan masa depan kita.

“Setelah 60 tahun, hari ini kita mempunyai antara kadar pemilikan rumah tertinggi di dunia. Sembilan daripada 10 rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Lapan daripada 10 tinggal di flat HDB. Identiti Singapura kita berkait rapat dengan flat dan bandar HDB kita,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >