Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paras Kolam Air Linggiu kekal rendah walaupun hujan lebat di JB

Nov 18, 2015 | 08:27 AM



HUJAN lebat selama dua jam pada Selasa (17 Nov), yang menyebabkan banjir besar di beberapa kawasan di Johor Bahru, tidak meningkatkan paras air yang kini paling rendah dalam sejarah di Kolam Air Linggiu - sumber utama bekalan air Singapura.


Agensi air negara, PUB, berkata ia akan terus memantau keadaan dengan teliti, dan warga Singapura akan diberitahu awal jika ada keperluan menyekat penggunaan air di sini.


"Hujan lebat dan banjir akibatnya berlaku di kawasan tadahan berbeza dari kawasan Kolam Air Linggiu, yang terletak jauh di hulu," kata jurucakap PUB kepada akhbar The Straits Times pada Selasa.


"Walaupun ada hujan di kawasan tadahan Kolam Air Linggiu, paras air kekal sama sebahagian besarnya, kira-kira 43 peratus."


Air di kolam air itu berada pada paras terendah disebabkan hujan yang rendah dan ini pula mempunyai kesan ke atas jumlah air yang boleh diambil Singapura dari Sungai Johor.


Singapura boleh memanfaatkan 250 juta gelen air sehari dari sungai itu, yang boleh memenuhi hingga 60 peratus keperluan negara ini.


Menurut PUB, dari Januari hingga bulan lepas, kira-kira 100 kali Singapura tidak dapat mengambil air dari sungai itu buat sementara.


Minggu lalu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata jika keadaan tidak bertambah baik, lebih banyak mungkin perlu dilakukan untuk menjimatkan air.


Ini termasuk menyekat, buat kali pertama, penggunaan air bagi kegiatan tidak penting seperti mencuci kereta dan operasi air pancut.


Menurut The Straits Times, zamil penyelidikan kanan Cecilia Tortajada dari Institut Dasar Air di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, berkata jika paras air di kolam air itu tidak bertambah baik menjelang bulan depan walaupun musim tengkujuh timur laut dijangka, sekatan tersebut mungkin perlu dilaksana.


"Ia akan menghantar mesej jelas kepada penduduk bahawa jumlah air yang boleh didapatkan ada hadnya dan ia perlu dijimat, walaupun selepas musim tengkujuh bermula," ujar beliau, sambil berkata banyak bandar di seluruh dunia menguatkuasakan sekatan air pada musim kemarau.


Kolam Air Linggiu dibina pada 1994 oleh Singapura. Ia menyimpan air laut dari Sungai Johor dengan melepaskan air ke dalamnya. Ini memastikan air sungai tidak terlalu masin untuk dirawat oleh loji rawatan kendalian Singapura di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >