Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Piawaian lebih tinggi bagi tajaka dan tadika di bawah akta baru

Feb 28, 2017 | 04:04 PM



TAJAKA dan tadika akan dikenakan piawaian lebih tinggi dan lebih konsisten di bawah undang-undang baru yang diluluskan Parlimen pada Selasa (28 Februari).



Pihak berkuasa juga akan mempunyai lebih banyak kuasa penyiasatan untuk memastikan prasekolah mematuhi piawaian itu, dan sekatan kawal selia lebih luas supaya mereka mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam mengenakan penalti bagi kesalahan kurang serius.



Itu antara peruntukan utama dalam Rang Undang-Undang Pusat Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDC) baru.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin, yang mengumumkan perubahan itu, berkata: "Rang ECDC baru ialah peristiwa penting dalam meningkatkan mutu pembangunan awal kanak-kanak di Singapura dan memberi ibu bapa lebih keyakinan bahawa Pemerintah sedang membuat Singapura sebuah tempat baik bagi membangunkan keluarga."



Undang-undang itu mengawal 1,800 atau lebih tajaka dan tadika, yang masing-masing di bawah Akta Tajaka dan Akta Pendidikan, tetapi bukan yang dikendalikan pemerintah, seperti tadika Kementerian Pendidikan.



Antara peruntukan utama rang itu ialah tajaka dan tadika akan diberi lesen yang perlu diperbaharui dari masa ke masa. Sekarang, hanya tajaka dikehendaki mempunyai lesen itu sementara tadika didaftar di bawah proses satu kali sahaja.



Satu lagi ialah pihak berkuasa akan mempunyai kuasa baru untuk menemu bual, dan mengambil gambar, video atau rakaman audio di prasekolah. Sekarang, pihak berkuasa dibenarkan memasuki dan memeriksa premis prasekolah, dan mengambil dokumen dari sesebuah pusat.



Selain itu, hukuman maksimum di bawah undang-undang baru itu ialah denda $10,000 dan penjara setahun.



Buat masa ini, hukuman maksimum di bawah Akta Tajaka ialah denda $5,000 dan penjara dua tahun; sementara di bawah Akta Pendidikan denda $2,000 dan penjara setahun penjara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >