Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pasang alat had kelajuan: Tiga didakwa tipu LTA

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



TIGA lelaki semalam didakwa di mahkamah kerana memperdaya pihak berkuasa bahawa alat pengehad kelajuan yang berfungsi telah dipasang pada bas mereka.



Teoh Sio Meng, 50 tahun, menghadapi 12 pertuduhan menipu, manakala Sundram Retnam, 50 thaun, dan Tee Wei Chye, 44 tahun, masing-masing menghadapi tiga dan empat tuduhan menipu.



Pada masa kejadian, Teoh adalah pengarah syarikat T & L Transit, Sundram ialah pemilik tunggal Perkhidmatan Pengangkutan Bas SV dan Tee ialah seorang mekanik di Leng Chong Engineering.



Antara Jun 2017 dengan Januari 2018, tiga lelaki itu didakwa bersubahat untuk memperdaya seorang pemeriksa kenderaan dari Vicom - sebuah firma pemeriksaan kenderaan - supaya mempercayai bahawa alat pengehad kelajuan yang berfungsi telah dipasang pada bas mereka.



Ketiga-tiga lelaki itu tahu ini tidak benar, dengan itu "sengaja mempengaruhi" pemeriksa kenderaan agar meluluskan bas itu untuk Ujian Had Laju Polis, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



Ketiga-tiga lelaki itu juga didakwa memperdaya Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), lapor akhbar The Straits Times.



Antara Julai 2015 hingga Januari 2018, Teoh dan Sundram didakwa menipu LTA untuk mempercayai bahawa terdapat pengehad laju yang berfungsi dipasang pada pelbagai bas sedangkan ia sebenarnya tidak ada, kata CPIB.



Justeru LTA membenarkan lesen dan cukai jalan untuk bas tersebut diperbaharui gara-gara tindakan Teoh dan Sundram, kata CPIB. Teoh didakwa menipu LTA sebanyak lapan kali, manakala Sundram didakwa menipu pihak berkuasa satu kali.



Teoh juga dituduh menghasut seorang lelaki dua kali pada Jun 2017 untuk memperdaya LTA agar mempercayai bahawa terdapat pengehad laju yang berfungsi dipasang pada dua bas sedangkan ia tiada. Ini bermakna bas tersebut dibenarkan untuk digunakan di Singapura.



Sekitar 17 April 2018, Tee didakwa telah membuat LTA percaya bahawa sekeping pemisah ruang dipasang pada bas mini untuk tujuan mematuhi undang-undang dan dia merancang untuk mengeluarkannya selepas pemeriksaan.



"Pada hari yang sama, Tee juga didakwa memperdaya LTA untuk mempercayai bahawa bas lain tidak mengeluarkan ketumpatan asap melebihi 40HSU (yang mematuhi undang-undang) apabila Tee merancang untuk melaraskan nisbah udara-ke-bahan api dalam pam bahan api bas selepas pemeriksaan," kata CPIB.



Sundram dan Tee juga didakwa atas kesalahan trafik dengan Sundram menghadapi dua pertuduhan dan Tee menghadapi satu pertuduhan.



Sundram kononnya bukan sahaja gagal memastikan pengehad laju dalam bas yang sama tidak melebihi had yang ditetapkan, bahkan dengan sengaja memandunya dengan pengehad laju yang diselaraskan.



Sesiapa yang disabitkan kesalahan menipu boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.



Jika disabitkan dengan kesalahan lalu lintas jalan raya, Tee dan Sundram boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga $1,000, jika ia merupakan kesalahan pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >