Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis mengaku terima rasuah $35,000 daripada suspek

Sep 01, 2016 | 09:25 AM



SEORANG pegawai polis mengaku menerima rasuah $35,000 untuk membantu seorang lelaki mengelak didakwa mengambil video dalam skirt.



Staf Sarjan Woo Poh Liang, 29 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (30 Ogos) terhadap dua tuduhan rasuah serta enam tuduhan membeli tiket loteri 4-D haram, bertaruh dalam Piala Dunia 2014 dan bertindak sebagai pengendali bagi penerima taruhan.



Woo seorang pegawai siasatan di Divisyen Polis Clementi semasa dia mengambil rasuah daripada seorang warga Filipina, Angelo Salvador Beltran, 45 tahun, pada 2014.



Dia digantung daripada perkhidmatan sejak Januari tahun lepas.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Norman Yew berkata pada 10 Sep 2014, Woo mengambil kenyataan Beltran yang didapati mengambil video dalam skirt upskirt di stesen MRT Jurong East pada 22 Mei.



Walaupun sebilangan besar video itu ditemui pada peranti Beltran, Woo mencadangkan menulis dalam satu kenyataan bahawa Beltran mengambil hanya lima daripadanya.



Beltran bersetuju kerana dia memahami bahawa Woo cuba melakukan sesuatu yang baik baginya.



Enam hari kemudian, Beltran menyerahkan satu laporan psikiatri kepada Woo, yang memberitahunya bahawa kesnya sangat serius.



Woo bertanya Beltran apakah mereka boleh saling mempercayai, dan Beltran berkata "ya". Dia kemudian memberitahu Beltran bapanya sakit barah, dan meminta $100,000.



Apabila Beltran berkata dia hanya mempunyai $35,000, Woo meminta semua wang itu dan Beltran berkata dia akan mengeluarkan wang tersebut esoknya.



Woo kemudian meminta $25,000 diberi kepadanya esoknya, dalam bentuk not $1,000. Beltran bersetuju kerana dia tahu sebagai balasan, Woo akan membantu dia mengelak daripada dikenakan tuduhan.



Pada 17 Sep, Beltran mengeluarkan $25,000 dan $10,000 daripada dua akaun bank. Dia menyerahkan $25,000 dalam satu sampul surat kepada Woo di sebuah perhentian teksi, bersama surat meminta pasportnya dipulangkan.



Kemudiannya pada hari itu, Beltran menghantar SMS kepada Woo untuk mengatakan dia perlu pergi ke Amerika Syarikat bagi satu latihan pada minggu berikutnya. Woo memberitahunya supaya membawa surat pengesahan daripada syarikatnya ke balai polis.



Apabila Beltran tiba, Woo memberitahunya dia tidak boleh mendapatkan kembali pasportnya.



Woo bawa Beltran ke bilik temuduga dan bertanya berapa banyak wang yang dia ada. Apabila Beltran berkata dia sekarang hanya mempunyai $10,000, Woo meminta wang itu juga. Beltran memberinya dan Woo memberitahunya dia mempunyai "90 hingga 95 peratus peluang akan dikenakan amaran".



Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak menerima cadangan yang Beltran diberi amaran keras. Woo memberitahu Beltran pada esoknya bahawa dia akan didakwa, tetapi dia akan membantunya mendapatkan hukuman ringan.



Pada 25 Sep tahun itu, bertindak atas nasihat peguamnya, Beltran mengadu kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mengenai kelakuan Woo.



Peguam Woo, Encik Nakoorsha A.K., akan membentangkan mitigasinya pada 11 Oktober.



Hukuman maksimum bagi rasuah ialah denda $100,000 dan penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >