Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam gabung tenaga perjuang nasib wanita

Tawar nasihat kepada wanita yang alami gangguan, keganasan sebagai respons kepada tinjauan terkutuk dalam talian melibatkan golongan ustazah
Feb 06, 2023 | 05:30 AM



PADA 2021, sekumpulan peguam ini menggembleng tenaga untuk memberi nasihat kepada wanita yang mengalami gangguan atau keganasan, sebagai respons kepada tinjauan terkutuk dalam talian melibatkan golongan ustazah.



Diterajui Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, kumpulan yang digelar Defence Guild SG itu ditubuhkan kurang dua minggu selepas tersebarnya berita tentang tinjauan tersebut.



Hampir dua tahun kemudian, kumpulan yang dianggotai 21 peguam berbilang kaum itu kini masih giat memupuk kesedaran tentang gangguan terhadap wanita, serta memberi nasihat kepada wanita yang menghadapi pelbagai bentuk gangguan di dalam atau luar talian.



Menerusi portal kumpulan itu, mereka menerima sekitar dua pertanyaan setiap bulan secara purata, kebanyakannya daripada wanita yang menghadapi gangguan sama ada dalam bentuk seksual, diskriminasi ataupun keganasan.



Anggota kumpulan itu juga kerap menyampaikan ceramah untuk memupuk kesedaran mengenai gangguan dan keganasan terhadap wanita serta perlindungan bagi wanita dari segi undang-undang.



Ditemui Berita Harian bersama beberapa anggota kumpulan itu baru-baru ini, Encik Zhulkarnain berkata pada awalnya beliau tidak menyangka kumpulan itu akan terus aktif hingga kini.



"Wujudnya kumpulan ini hingga hari ini merupakan sesuatu perkara yang menggembirakan. Ia membuktikan bahawa daya usaha 'ground up' boleh mendatangkan kesan dari segi dasar," ujar Encik Zhulkarnain.



Kumpulan Defence Guild SG ditubuhkan dengan kerjasama rangkaian M Kuasa Tiga (M³) dan disokong rangkaian Lawyers@ M³.



Usaha kumpulan itu diiktiraf oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen pada November lalu semasa perdebatan mengenai rang undang-undang keselamatan dalam talian.



Seorang anggota Defence Guild SG, Encik Ahmad Nizam Abbas, pula meluahkan penghargaannya kepada anggota lain dalam kumpulan itu yang meluangkan masa untuk membantu wanita yang memerlukan sokongan guaman.



"Oleh kerana kami berasal daripada latar belakang yang berbeza, kami membawa kekuatan yang berlainan.



"Ada yang mengambil masa untuk duduk dan berurusan dengan kes. Ada pula yang sedia menyampaikan ceramah untuk memupuk kesedaran," ujarnya.



Seorang lagi anggota Defence Guild SG, Cik Liyana Sinwan, menjelaskan bahawa kumpulan itu rata-rata membantu mangsa dari segi nasihat guaman, dan bukan perwakilan.



"Dari awal lagi, kami akan menjelaskan kami tidak mewakili mereka kerana ini bukan fungsi kumpulan ini.



"Kami biasanya merupakan rujukan pertama bagi mereka untuk mengetahui apakah hak mereka dari segi undang-undang, dan apa perlindungan bagi mereka. Kami merujuk mereka kepada sumber sedia ada, seperti bantuan guaman jika mereka layak," ujar Cik Liyana.



Seorang lagi anggota kumpulan itu, Encik Mohamed Fazal Abd Hamid berkata matlamat utama kumpulan itu ialah membimbing mangsa mengenai apa yang boleh dilakukan segera.



"Apa yang biasanya kami nasihatkan berkaitan pengumpulan bukti, adakah mereka harus membuat laporan polis, atau jika mereka mahu memohon perlindungan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (Poha).



"Orang awam mungkin tidak pasti adakah tingkah laku itu boleh membawa kepada perintah perlindungan di bawah Poha, misalnya," ujar Encik Fazal.



Katanya lagi, kumpulan itu merancang menarik lebih ramai sukarelawan dan sedang dalam proses meluaskan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk terus memupuk kesedaran mengenai gangguan terhadap wanita.




"Wujudnya kumpulan ini hingga hari ini merupakan sesuatu perkara yang menggembirakan. Ia membuktikan bahawa daya usaha 'ground up' boleh mendatangkan kesan dari segi dasar."
- Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, peneraju kumpulan Defence Guild SG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >