Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja platform Grab raih sokongan lebih kukuh di bawah kerjasama pengendali, kesatuan

Grab dan dua persatuan gabungan NTUC meterai MOU pertama untuk rasmikan perwakilan pekerja platform
Aug 07, 2023 | 08:43 PM



Pekerja platform di bawah Grab akan meraih sokongan lebih kukuh di bawah kerjasama rasmi antara Grab Singapore dengan dua persatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Pada Isnin, satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani oleh pengendali platform Grab Singapore, Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA).

Di bawah MOU itu, tiga pihak tersebut akan bekerjasama dan meneroka peluang untuk menyediakan program latihan bagi membantu pekerja platform mengembangkan lagi kemahiran untuk ekonomi platform dan meningkatkan tahap produktiviti mereka untuk peluang pendapatan yang lebih baik.

Dialog yang berstruktur bagi memahami keperluan pekerja platform juga akan diadakan.

Selain itu, kerjasama ini akan memberikan pekerja platform lebih perwakilan.

Grab sedang berusaha memberikan NPHVA dan NDCA pengiktirafan langsung untuk menjadi badan perwakilan pekerja platformnya, di bawah perundangan baru yang dijangka berkuat kuasa menjelang hujung 2024.

Grab adalah pengendali platform pertama di Singapura untuk menyertai kerjasama sebegini.

Berucap di majlis tandatangan MOU yang berlangsung di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair pada Isnin, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata kerjasama itu menandakan langkah ke hadapan yang penting dan menguntungkan kesemua pihak.

“NTUC dan persatuan kami telah mendekati pekerja platform kita untuk memahami keperluan dan kebimbangan mereka; dan telah bekerja rapat dengan pengendali platform serta agensi pemerintah untuk melaksanakan pengaturan yang saling menguntungkan dalam bidang seperti keadaan kerja, terma dan syarat kerja, pendapatan dan simpanan, serta perlindungan daripada kecederaan atau keadaan perubatan,” katanya lagi.

“Penandatanganan MOU dengan Grab ini menandakan satu langkah penting ke hadapan, ke arah mengukuhkan hubungan kerja yang positif antara Persatuan kami dan Grab, untuk mencapai hasil menguntungkan untuk kededua pekerja platform dan Grab,” tambah Encik Ng.

MOU itu selaras dengan cadangan Kumpulan Kerja Tiga Pihak yang dikeluarkan pada Julai untuk meningkatkan perwakilan pekerja platform dan membentuk model yang boleh dilaksanakan untuk kerja platform di Singapura.

Pengarah urusan Grab Singapura, Encik Yee Wee Tang, pula menyifatkan MOU tersebut sebagai komitmen tiga pihak tersebut untuk menjamin masa depan kerja platform di sini.

“Pekerja platform penting kepada ekonomi kita. MOU ini mencerminkan komitmen bersama Grab dan Persatuan untuk menjamin masa depan kerja platform, dan melengkapkan usaha berterusan Grab untuk meningkatkan kehidupan rakan kongsi pemandu dan penghantaran kami,” kata Encik Yee, yang juga anggota Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Platform.

Penandatanganan MOU itu turut disaksikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Ketua Pegawai Operasi Grab, Encik Alex Hungate; Presiden NDCA, Encik Goh Yong Wei; dan Setiausaha Agung NPHVA, Encik Joseph Goh.

Dr Koh berkata kerjasama oleh NTUC dan Grab adalah satu langkah ke hadapan dalam mengukuhkan kepercayaan dan kerjasama antara pekerja platform dan pengendali platform.

“Kemajuan ini juga menunjukkan semangat tiga pihak dalam meningkatkan ekonomi platform – hasil yang menguntungkan untuk semua!” kata beliau dalam catatan di Facebook pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >