Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar istimewa terima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew

Aug 18, 2017 | 05:30 AM



APABILA ditanya tentang penglibatannya dalam sukan, Muhammad Solehan Hamid, 16 tahun, tersenyum sambil memberitahu mengenai kemenangan menggembirakan ketika dia meraih pingat emas acara bowling semasa Sukan Olimpik Khas tahun ini.



Dia bukan sahaja cekap dalam sukan, malah anak bongsu empat beradik itu juga merupakan ketua pengawas sekolahnya.



Dia juga mahir melukis, terutama dalam menggunakan berus lukisan Cina dan biasa.



"Memang bukan mudah melakukan semuanya tetapi saya gembira," ujarnya.



Pelajar menengah empat Sekolah Persatuan Golongan Kurang Upaya (APSN) Katong itu ialah antara penerima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew yang diperkenal buat julung-julung kalinya tahun ini.



Pelajar berkeperluan khas itu berkata dia amat terharu dipilih sebagai penerima anugerah tersebut.



"Ia pasti akan mendorong saya menjadi contoh yang lebih baik kepada rakan-rakan," katanya.



Antara tugas hariannya selaku ketua pengawas ialah menjadi contoh yang baik kepada pengawas lain selain memastikan pelajar mematuhi segala arahan sekolah.



Menurut Solehan, antara mata pelajaran yang paling diminatinya ialah Matematik kerana ia menguji mindanya.



"Dalam ujian baru-baru ini saya dapat 55 per 60 markah," katanya bangga.



Beberapa mata pelajaran lain yang diambilnya termasuk Bahasa Inggeris, Pendidikan Vokasional, Pengurusan Diri dan Latihan Jasmani.



Ditanya apakah cita-citanya, pelajar yang bakal melangkah ke Sekolah Metta tahun depan itu berkata: "Saya mempunyai impian menjadi cef. Jadi saya berharap dapat belajar bakar kuih dan memasak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >